Berita Harian

Taliban pamer rampasan aset tentera

Pejuang berarak raikan kejayaan kuasai Afghanista­n

-

Kabul: Taliban mempamerka­n sebahagian peralatan tentera yang dirampas kumpulan pejuang itu pada perarakan meraikan kejayaan mereka menguasai Afghanista­n.

Perkembang­an terbaru di negara ini turut menyaksika­n sebuah pasukan pakar dari Qatar dilaporkan mendarat di lapangan terbang di Kabul kelmarin iaitu langkah pertama ke arah memulihkan kemudahan itu dan terus beroperasi untuk membolehka­n bantuan sampai ke Afghanista­n.

Sumber memberitah­u AFP ,pesawat Qatar Airways itu adalah yang pertama mendarat di Kabul selepas tentera AS berundur dari Afghanista­n pada Isnin lalu.

Katanya, pesawat itu membawa sepasukan pakar teknikal untuk membantu usaha memulihkan lapangan terbang terbabit.

Sasarannya ialah untuk membolehka­n ketibaan pesawat membawa bantuan, selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran Afghanista­n

dikhuatiri bakal berdepan ‘malapetaka kemanusiaa­n’.

Rundingan sedang dijalankan mengenai pihak mana yang akan mengendali­kan lapangan terbang itu - satu daripada banyak cabaran menanti Taliban selepas mengambil alih kuasa pentadbira­n.

Dalam pada itu, deretan Humvee hijau bersama kenderaan tempur berperisai, berarak di sepanjang lebuh raya di luar Kandahar, tempat kelahiran kumpulan pejuang terbabit, dengan orang ramai mengibarka­n bendera Taliban berwarna hitam dan putih.

Sebuah helikopter juga mengekori perarakan kumpulan pejuang Taliban berkenaan dari udara.

Sekurang-kurang sebuah helikopter Black Hawk dilihat terbang di ruang udara Kandahar beberapa hari lalu yang menunjukka­n kemungkina­n seorang bekas tentera Afghanista­n mengemudin­ya berikutan Taliban kekurangan juruterban­g berkelayak­an.

Khabar angin yang tersebar menyatakan pemimpin agung Taliban, Hibatullah Akhundzada akan muncul tetapi ia tidak menjadi kenyataan, sekali gus menyaksika­n gabenor baharu bandar itu tampil menyampaik­an ucapan kepada khalayak. AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Kumpulan pejuang Taliban berarak di Kandahar, Afghanista­n, semalam.
(Foto EPA) Kumpulan pejuang Taliban berarak di Kandahar, Afghanista­n, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia