Berita Harian

WHO lancar hab data global pandemik, epidemik

-

Berlin: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarka­n sebuah hab data global di Berlin, Jerman untuk menganalis­is maklumat berhubung ancaman pandemik dan epidemik yang mendatang.

Hab WHO bagi Perisikan Pandemik dan Epidemik itu dirasmikan Canselor Jerman, Angela Merkel kelmarin bersama Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s yang menyifatka­n inisiatif itu bakal mengisi ‘jurang dalam pertahanan dunia’.

Tedros berkata, krisis COVID-19 memberi banyak pengajaran pahit kepada seluruh dunia.

“Salah satu iktibar paling jelas ialah keperluan terhadap peralatan dan sistem baharu yang kukuh bagi membolehka­n pihak pengawasan global mengumpul, menganalis­is serta menyebarka­n data mengenai wabak.

“Virus boleh menular dengan pantas, namun data mampu bergerak lebih cepat. Dengan adanya maklumat tepat, negara dan komuniti boleh bersedia lebih ke hadapan daripada risiko yang mendatang, sekali gus menyelamat­kan nyawa,” katanya.

Hab data itu yang menerima pembiayaan dana awal dari Jerman, bakal mengumpulk­an pakar meliputi pelbagai bidang di Berlin untuk menganalis­is data dengan pantas dalam usaha meramal, mencegah, mengesan dan membuat persediaan serta tindak balas terhadap risiko berkaitan di seluruh dunia.

Hab terbabit akan berusaha mengorak langkah lebih ke hadapan daripada wabak yang mendatang, termasuk mengesan petanda amaran awal.

Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Nigeria, Chikwe Ihekweazu, akan dilantik sebagai ketua yang pertama untuk hab itu.

Sementara itu, Merkel berharap hab baharu itu membantu dunia membuat persediaan lebih baik menghadapi pandemik dan epidemik pada masa depan.

Beliau turut menjelaska­n, penemuan diperoleh hab itu dikongsika­n bersama negara lain. AFP

Pekerja meninjau kerosakan akibat puting beliung di Annapolis, Maryland, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia