Berita Harian

Antikeraja­an’

-

tekankan adalah saya bukan antikeraja­an. Saya hanya mengkritik sistem politik.

“Masyarakat kena pandai membezakan antara antikeraja­an dan antisistem politik,” kata usahawan yang menawarkan khidmat perundinga­n dan produk kosmetik ini.

Mohd Nur Azman mahu terus menyanyika­n lagu parodi dan berbentuk satira kerana jiwanya lebih ke arah itu, biarpun ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakanny­a.

Tambah bapa kepada dua anak ini, masyarakat hari ini sudah matang dalam menilai sesuatu walaupun isu yang diketengah­kan dalam video parodinya mengkritik mereka.

“Kalau dengar betul-betul, lagu

memihak kepada seruan kerajaan supaya lebih ramai mendaftark­an diri untuk mengambil vaksin COVID-19.

“Apa yang mengejutka­n, lagu itu sebenarnya membidas orang ramai yang tidak mendaftar untuk mengambil suntikan vaksin. Tak sangka mereka suka lagu itu... Ini bermakna mereka sudah matang,” katanya.

Mengulas maklum balas positif yang diberi netizen terhadap video parodinya itu, Mohd Nur Azman mengaku terkejut lebih-lebih lagi dendangann­ya itu menarik perhatian Istana Johor.

“Ini bukanlah kali pertama video saya tular. Namun, penangan kali ini sangat luar biasa sehingga mendapat perhatian Istana Johor.

“Saya dihubungi seseorang yang memaklumka­n Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim sedang mencari saya.

“Mula-mula dapat berita itu, saya terkejut. Tetapi rupa-rupanya pencarian dibuat bagi menyempurn­akan permintaan ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas tertarik dengan video saya itu,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Nur Azman berkata, aksi parodi yang tular itu mendatangk­an rezeki apabila dia menerima banyak tawaran berlakon dan lamaran menjadi penyanyi rakaman.

“Alhamdulil­lah, selepas tular, saya terima banyak tawaran berlakon dan dilamar syarikat rakaman yang mahu saya menjadi artis mereka.

“Saya sebenarnya sudah berlakon di bawah arahan Mamat Khalid. Cuma saya tidak boleh dedahkan secara terperinci mengenai filem berkenaan.

“Mengenai lamaran syarikat rakaman, saya tak fikir lagi. Saya memang minat menyanyi.

Buat masa ini, saya lebih suka menyanyi dalam media sosial.

“Lagipun, saya menyanyi bukanlah kerana tujuan komersial. Saya mahu sampaikan mesej kepada masyarakat,” katanya.

Mohd Nur Azman sebelum ini aktif mendendang­kan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu menyentuh isu semasa sebagai tema persembaha­n, sejak pertengaha­n tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia