Berita Harian

Persatuan sedia tingkatkan SOP jamin keselamata­n

-

“Walaupun mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) paling ketat dalam kalangan industri, pawagam sering menjadi antara perniagaan pertama yang diarahkan tutup dan terakhir dibuka semula biarpun tiada kes jangkitan COVID-19 dikesan.

“Kita sedang berdepan krisis ekonomi dan kesihatan mental. Langkah penutupan yang berpanjang­an bukan sahaja menjejaska­n kehidupan dan perniagaan, malah kesejahter­aan rakyat

“Jika aktiviti rekreasi dan riadah dapat memberi ketenangan kepada individu yang sudah divaksin sepenuhnya, pawagam juga boleh berbuat demikian dengan selamat.

“Kami mengenakan SOP ketat seperti mewajibkan pemakaian pelitup muka. Kami tidak membenarka­n kontak fizikal dengan melaksanak­an penjarakan tempat duduk serta melarang daripada bergaul dalam panggung wayang,” katanya.

Ehambaram berkata, dalam soal selidik Cinema Online barubaru ini, lebih 80 peratus responden mengaku pawagam membantu mengurangk­an tekanan dan keresahan.

“MAFE yakin kebenaran diberi kerajaan kepada pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin menonton filem di pawagam dapat memulihkan kembali tahap kesihatan mental mereka,” katanya.

Ehambaram berkata, bagi memastikan keselamata­n pengunjung, MAFE meningkatk­an SOP iaitu memberi kebenaran ke atas pelanggan yang memenuhi syarat 14 hari selepas suntikan dos kedua dengan bukti sijil digital vaksinasi COVID-19 memasuki premis.

“Selain itu, kami juga melaksanak­an pembelian tiket wayang, makanan dan minuman tanpa kontak.

“Hanya kakitangan yang sudah divaksin sepenuhnya dibenarkan bertugas dan penggunaan pakaian pelindung diri (PPE) dipertingk­atkan termasuk dua lapis pelitup muka.

“Dengan SOP dipertingk­atkan, pawagam di seluruh negara sudah bersiap siaga dan mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang mahukan pengalaman menonton dalam suasana terlindung dan selamat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia