Berita Harian

Janji selesaikan kemelut

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Annuar beri jaminan masalah penggiat industri kreatif ditangani farihad@bh.com.my

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan menyelesai­kan kemelut penggiat industri kreatif yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta impak penularan pandemik COVID-19.

Melalui ciapan di Twitter, Annuar berjanji perkembang­an terkini mengenai usaha itu bakal diumumkan, tidak lama lagi.

“Insya-allah, ada berita gembira untuk semua penggiat seni dan industri kreatif.

“Selepas pengumuman, saya akan beri perinciann­ya... Insyaallah,” katanya.

Ciapan itu dilayangka­n Annuar melalui Twitter, petang semalam.

Beberapa jam sebelum itu, Annuar melayangka­n ciapan yang antara lain menyatakan beliau menyedari masalah dihadapi penggiat seni sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Pendukung industri kreatif sudah begitu lama terkesan dengan PKP.

“Tiba masanya kita bentang kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk segera pertimbang­kan kelonggara­n dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu, khasnya, bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksin COVID-19.

“Semoga ada berita baik buat mereka tidak lama lagi,” katanya.

Sejak 18 bulan lalu, industri kreatif menjadi antara sektor ekonomi yang teruk berdepan impak penularan COVID-19 apabila kegiatan seni termasuk penggambar­an dihentikan sebagai langkah memutuskan rantaian wabak berbahaya ini.

Biarpun Majlis Keselamata­n Negara (MKN) memberi kebenaran untuk kerja penggambar­an tergendala diteruskan dengan pematuhan SOP ketat, Julai lalu, namun, majoriti pekerja seni

Ciapan Annuar di Twitter mengenai kemelut penggiat industri kreatif.

terutama kru tidak terbabit dalam projek seumpama itu.

Julai lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengumumka­n kebenaran melakukan aktiviti penggambar­an di luar studio hanya dibuat berperingk­at dengan tertakluk kepada syarikat penerbitan yang mempunyai baki kerja atau job tertangguh, bukan untuk penghasila­n produk baharu.

Annuar Musa

Selain itu, semua pekerja termasuk artis dan kru diwajibkan melengkapk­an dua dos suntikan vaksin COVID-19 sebagai syarat kembali ke lokasi penggambar­an.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan memberi kebenaran aktiviti penggambar­an di luar studio dengan pematuhan SOP ketat pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kelulusan aktiviti penggambar­an pada fasa kedua PPN berpanduka­n kepada pelaksanaa­n syarat ketat di bawah Protokol Gelembung Penggambar­an (PREP) yang dikawal selia FINAS.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia