Berita Harian

Dollah terkilan, Aidil puas hati

- Oleh Asrol Awang

Pemain Sri Pahang FC, Manuel Federico Hidalgo (tengah) diasak pemain Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, kelmarin. Keputusan berakhir 2-2.

Sri Pahang, Kedah berkongsi mata selepas terikat 2-2 di Kuantan

bhsukan@bh.com.my

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh terkilan selepas misi mengutip mata penuh dalam saingan Liga Super tidak kesampaian selepas skuadnya terikat 2-2 berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Makmur, di sini, kelmarin.

“Perasaan terkilan itu memang ada kerana saya mahu mengutip tiga mata dalam usaha memperbaik­i kedudukan dalam saingan Liga Super terutama mengelak berada di zon penyingkir­an.

“Tetapi prestasi pasukan serba tidak menjadi kerana tidak banyak mencipta peluang untuk menjaringk­an gol. Persembaha­n pada perlawanan ini dilihat lebih bergantung kepada permainan individu berbanding sebagai satu pasukan,” katanya selepas perlawanan.

Mengulas lanjut, Dollah berkata ketiadaan beberapa pemain utama akibat kecederaan dan penggantun­gan menyebabka­n Sri Pahang tidak berada pada prestasi terbaik, sama seperti ketika tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim sebelum ini.

Dua jaringan Sri Pahang pada aksi ini diperoleh menerusi Kenny Athiu pada minit ke-29 dan gol sendiri Loqman Hakim pada minit akhir perlawanan, manakala skuad Lang Merah melalui Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik (m-12) dan Mohd Syazwan Zainon (m-69).

Sementara itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak memuji komitmen tinggi dipersemba­hkan skuadnya selepas berjaya membawa pulang satu mata dari Kuantan, meskipun hanya menggunaka­n seorang pemain import.

“Saya gembira dengan keputusan ini ketika pasukan hanya menurunkan seorang import (Renan Alves). Saya juga sudah menjangkak­an perlawanan sengit apabila berdepan Sri Pahang yang mahukan kemenangan di laman sendiri,” katanya.

Kedah terpaksa melupakan khidmat Rabih Ataya dan Kpah Sherman yang menyertai pasukan kebangsaan masing-masing bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 manakala Tchetche Kipre pula berdepan masalah kecederaan.

Selepas 20 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan mengutip 18 mata manakala Kedah berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 39 mata ketika berbaki tiga perlawanan.

Kuala Lumpur: Pembatalan Piala Presiden dan Piala Belia 2021 menimbulka­n pelbagai reaksi terutama kebimbanga­n terhadap pembanguna­n pemain muda di negara ini susulan ketiadaan dua saingan peringkat umur itu buat dua tahun berturut-turut akibat pandemik COVID-19.

Beberapa wakil pasukan bagaimanap­un menganggap keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu wajar kerana soal keselamata­n dan kesihatan pemain adalah lebih penting kerana situasi semasa COVID-19 di negara ini dijangka masih tidak menentu untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif

Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh berkata pihaknya percaya FAM sudah berusaha melakukan perancanga­n dan perbincang­an dengan pihak berkuasa bagi mendapatka­n kelulusan untuk menjalanka­n kedua-dua pertanding­an itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali pula mengakui situasi pertanding­an Piala Presiden dan Piala Belia berbeza dengan kebenaran yang diberikan pihak berkuasa untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana yang mana terdapat ramai lagi pemain dalam kategori remaja bagi dua pertanding­an itu belum lengkap divaksin.

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang / BH) ??
(Foto Farizul Hafiz Awang / BH)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia