Berita Harian

Liek Hou kekal di landasan emas

-

Biarpun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan menentang pemain Jepun, Taiyo Imai, hari ini namun dua kemenangan dilakar Liek Hou membolehka­n dia menempah tiket awal ke kelompok empat terbaik.

Liek Hou, 33, bagaimanap­un, berkata dia masih perlu kekal fokus pada aksi terakhir kumpulan menentang Imai dengan misi memburu kemenangan bagi membolehka­n dia bergelar juara kumpulan.

“Ini baru permulaan untuk saya, perjuangan saya belum tamat lagi. Jadi, tidak boleh berasa bangga lagi. Esok masih ada satu lagi perlawanan peringkat kumpulan menentang pemain Jepun dan saya perlu kekal fokus. Saya masih belum berpuas hati dengan prestasi biarpun sudah dua perlawanan.

“Angin di dalam stadium ini sangat kuat dan sukar untuk kawal. Ketika menentang pemain Mesir pun saya tidak dapat rasa apa-apa kerana persaingan tidak cukup sengit.

“Hari ini (semalam), barulah saya nampak pukulan semua macam mana dan bagaimana cara untuk bermain. Diharapkan

saya akan bermain lebih baik esok (hari ini),” katanya kepada BH Sukan.

Sementara itu, cabaran seorang lagi pemain negara yang beraksi dalam kategori SH6, Didin Taresoh berakhir selepas tewas dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Didin yang juga bekas juara dunia 2015 tewas dalam perlawanan pertama di tangan pemain nombor dua dunia dari India, Krishna Nagar 20-22, 10-21 sebelum dia membuat keputusan menarik diri di set kedua ketika menentang pemain Brazil, Vitor Tavares.

Dia tewas 13-21 di set pertama sebelum menarik diri ketika 13-18 di set kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia