Berita Harian

Anak Muammar Gaddafi bebas dari penjara Libya

-

Tripoli: Anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang diguling dan dibunuh pada 2011, Saadi Gaddafi dibebaskan dari penjara.

Perkara itu disahkan sumber Kementeria­n Keadilan kepada AFP, kelmarin.

Pembebasan Saadi adalah sejajar keputusan mahkamah beberapa tahun lalu, kata sumber itu tanpa menjelaska­n sama ada beliau masih berada di Libya.

Kelmarin, laporan beberapa media mendakwa Saadi sudah menaiki penerbanga­n ke Turki.

Sumber pejabat pendakwa raya turut mengesahka­n kepada AFP berhubung pembebasan Saadi, 47.

“Beberapa bulan lalu, ketua pendakwa raya meminta agar keputusan berkaitan Saadi Gaddafi dilaksanak­an sebaik saja semua syarat ditetapkan sudah dipenuhi,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, Saadi bebas untuk tinggal di Libya atau sebaliknya.

Saadi yang juga bekas pemain bola sepak profesiona­l, dipenjarak­an di Tripoli atas pertuduhan jenayah terhadap penunjuk perasaan pada 2011 dan membunuh jurulatih bola sepak Libya, Bashir al-rayani, pada 2005

Pada April 2018, Mahkamah Rayuan membebaska­nnya daripada pertuduhan membunuh al-rayani. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia