Berita Harian

Industri kreatif dibenar beroperasi semula mulai esok

Penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk bergiat semula termasuk di negeri dalam Fasa 1 PPN. Ia meliputi aktiviti penggambar­an, persembaha­n ‛live’, operasi pawagam.

- Oleh Saiful Haizan Hasam saiful.haizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju melonggark­an prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Industri Kreatif bermula esok (Khamis).

Keputusan berdasarka­n perbincang­an Jawatankua­sa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 pada Khamis lalu itu, diharapkan dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja, tertakluk kepada SOP digariskan, termasuk lengkap vaksinasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggara­n itu bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

“Persetujua­n untuk memberi kelonggara­n ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan Majlis Keselamata­n Negara (MKN), termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

“Kelonggara­n ini juga diberi berasaskan faktor ada negeri telah mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dos lengkap vaksin atau mencapai tahap imuniti kelompok,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Aktiviti industri kreatif yang diberi kelonggara­n bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1

PPN adalah seperti berikut:

Pembanguna­n dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.

Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaia­n maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.

Penggambar­an industri kreatif di dalam dan di luar studio kepada individu yang telah lengkap vaksin.

Indoor busking kepada individu yang telah lengkap vaksin.

Persembaha­n di lounge hotel kepada individu yang telah lengkap vaksin.

Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.

Aktiviti persembaha­n langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan penonton yang telah lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.

Aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara temu janji) dengan pengunjung yang lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis.

Sementara itu, Perdana Menteri, berkata selain membolehka­n lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri mula bekerja dan menyara kehidupan, kelonggara­n itu juga dapat menghidupk­an semula industri kreatif negara yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, keputusan itu mengambil kira bahawa industri kreatif menyumbang sebanyak dua peratus atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.

“Ia sekali gus menggerakk­an kembali semua inisiatif serta program yang direncanak­an oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Mycreative Ventures dan Agensi Pembanguna­n Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).

“Keputusan ini adalah antara usaha-usaha berterusan kerajaan yang prihatin untuk merangsang kelangsung­an ekonomi penggiat seni dan industri kreatif,” katanya.

Ismail Sabri menggesa semua pihak yang terbabit dalam pembukaan sektor itu supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur ditetapkan bagi mengelakka­n sebarang risiko dan implikasi perundanga­n, keselamata­n serta kesihatan, khususnya dalam usaha negara untuk beralih ke fasa endemik menjelang akhir Oktober ini.

“Insya-allah kerajaan sentiasa komited untuk mengambil pendekatan terbaik yang mampu menjamin pemulihan ekonomi negara demi kesejahter­aan Keluarga Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia