Berita Harian

Undi 18 dilaksana sebelum akhir tahun

- Oleh Saiful Haizan Hasam, Suzalina Halid, Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) diarah mengambil tindakan perlu untuk membolehka­n mereka yang berumur 18 tahun ke atas mengundi, menjadi calon dan pendaftara­n pengundi secara automatik menjelang 31 Disember ini seperti diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangunda­ng), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata SPR diminta untuk melaksanak­an apa sahaja yang perlu berlandask­an kuasa di bawahnya seperti disebut hakim Mahkamah Tinggi Kuching.

“Kerajaan (setakat ini) belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah itu. Oleh itu, arahan Mahkamah Tinggi Kuching kekal sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Belum lagi diputuskan (untuk merayu), kena ada perbincang­an mendalam dengan Jabatan Peguam Negara dan Kabinet,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke SPR di sini, semalam.

Seramai 5.6 juta rakyat Malaysia, termasuk yang belum mendaftar sebagai pengundi, berpeluang menjadi pemilih kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)

Wan Junaidi berkata, kerajaan sebelum ini berpendapa­t Undi 18 boleh dilaksanak­an selewat-lewatnya September 2022 berdasarka­n kerangka kerja yang ditetapkan selepas usul itu dibawa ke Parlimen pada 2018.

Beliau berkata, antara perkara berbangkit selepas Parlimen meminda Perlembaga­an untuk menurunkan umur pengundi dan calon adalah ada negeri yang belum membuat pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri bagi melaksanak­an 18 tahun sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri terbabit.

Bagaimanap­un, ekoran keputusan mahkamah itu, beliau sudah mengarahka­n SPR mempercepa­tkan proses itu seawal Januari tahun depan.

Katanya, langkah ini memerlukan gerak kerja pantas, termasuk penyelaras­an data terkini yang direkodkan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), membabitka­n golongan berkenaan.

Seramai 5.6 juta rakyat Malaysia, termasuk yang belum mendaftar sebagai pengundi, berpeluang menjadi pemilih kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jumlah itu membabitka­n 1.2 juta remaja berusia 18 sehingga 21 tahun, selain 4.4 juta lagi individu berusia 21 tahun ke atas yang tidak pernah mendaftar (sebagai pengundi),” katanya.

Selain itu, Wan Junaidi berkata, ketika ini terdapat lebih setengah juta rekod individu yang belum dinyah senarai oleh JPN dan masih dalam sistem SPR berusia lebih 100 tahun.

“Rekod kematian tidak dikemaskin­i itu memberi kesan kepada SPR apabila jumlah data pemilih didapati ramai, namun angka itu termasuk individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu memerintah­kan SPR dan kerajaan melaksanak­an Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanak­an segera pindaan Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Alexander Siew berkata, mahkamah memutuskan adalah tidak masuk akal bermula 2019 hingga 10 Mac 2021, responden (Perdana Menteri, kerajaan dan SPR) berulang kali menyatakan mereka di landasan betul untuk melaksanak­annya menjelang Julai 2021, namun dua minggu kemudian pada bulan sama, mendakwa pelaksanaa­nnya hanya boleh dilakukan paling awal pada September 2022.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh kelima-lima anak muda yang berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun pada 4 Mei lalu.

Kes itu dibawa ke mahkamah selepas Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada 25 Mac lalu berkata pendaftara­n pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun hanya mampu dilaksanak­an selepas 1 September tahun depan.

Abdul Ghani dilaporkan berkata, ia disebabkan perkembang­an dan situasi semasa negara yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 dan menjejaska­n perancanga­n serta persiapan SPR menjayakan pendaftara­n pemilih automatik serta Undi 18.

Pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undangunda­ng (RUU) Perlembaga­an (Pindaan) 2019 dengan sokongan lebih dua pertiga ahli Parlimen bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftara­n pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Kebanyakan negara dunia sudah menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun, kecuali 11 iaitu Malaysia, Singapura, Samoa, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tonga, Kuwait, Nauru, Oman, Bahrain, Taiwan dan Cameroon.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatka­n arahan supaya SPR bersedia melaksanak­an Undi 18 menjelang 31 Disember sebagai berita yang baik untuk orang muda.

Beliau berharap kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dapat menunaikan janji kepada orang muda melalui pelaksanaa­n undi 18 ini seperti mana komitmen beliau ketika menjadi Ketua Pembangkan­g pada Julai 2019.

Dalam pada itu, penganalis­is politik yakin pelaksanaa­n Undi 18 akan menghasilk­an kesan positif iaitu memberi nafas baharu kepada parti politik dan dasar kerajaan dalam jangka masa panjang.

Profesor Adjung Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Jeniri Amir, berkata tiada alasan untuk tidak melaksanak­an Undi 18 tahun kerana ia dipersetuj­ui semua pihak dan diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat pada 2019.

Katanya, majoriti negara yang mengamalka­n demokrasi juga sudah menurunkan had umur kelayakan mengundi kecuali Malaysia dan sejumlah kecil negara lain.

Profesor Dr Sivamuruga­n Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata menghalang golongan 18 ke 20 tahun mengundi adalah tindakan kurang bijak kerana mereka sudah memiliki maklumat yang meluas.

“Menurunkan had kelayakan umur mengundi juga membolehka­n negara memiliki generasi pelapis dalam parti politik dan kerajaan. Kita tidak sewajarnya mengehadka­n hak mereka sedangkan pada usia 18 tahun, mereka boleh berkahwin, sertai tentera, polis, boleh berniaga, membayar cukai, memiliki lesen kereta dan motosikal,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Jamaie Hamil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata apa yang menjadi kebimbanga­n beliau ialah tahap kematangan pengundi semuda 18 tahun.

“Dalam konteks Malaysia, pada usia 18 tahun mereka baru lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tak fikir kefahaman mereka dari segi politik sudah boleh dikira sebagai memberi manfaat kepada negara.

“Ini berdasarka­n kepada sistem pendidikan kita yang tidak mendedahka­n pelajar sekolah kepada politik yang lebih bebas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia