Berita Harian

Lebih sejuta pekerja PKS hilang kerja jika sekatan dilanjutka­n

- zahrin@bh.com.my Oleh Alzahrin Alias

Kuala Lumpur: Kaji selidik terkini Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, mendapati kira-kira 200,000 perniagaan berpotensi untuk ditutup sepenuhnya, jika sekatan pergerakan terhadap beberapa negeri berterusan sehingga akhir tahun ini.

Naib Presiden Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong, berkata mengambil kira setiap PKS terbabit secara purata mempunyai lima pekerja, jika kebimbanga­n itu menjadi kenyataan, ia akan menyebabka­n kira-kira sejuta pekerja hilang pekerjaan.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu, memberi kesan berterusan kepada PKS sehingga hari ini.

Kuala Lumpur: Pendirian Malaysia mengenai situasi di Afghanista­n, akan dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia bagi mendapatka­n nasihat dan pandangan Jemaah Menteri sebelum membuat keputusan mengenai hal itu.

Selain Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di India dan Pakistan, beliau berkata, pihaknya turut mendapatka­n pandangan daripada rakan sejawat di Qatar, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk memperoleh maklumat berhubung situasi di Afghanista­n dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaa­n di negara itu.

“Malaysia memantau perkembang­an di Afghanista­n melalui pelbagai kaedah. Pertama melalui wakil kita di New Delhi untuk melawat situasi semasa di Afghanista­n. Kedua, ada wakil kita Islamabad kerana Pakistan dan Afghanista­n itu sama macam India, bersempada­n.

“Kita juga berhubung dengan negara lain yang terbabit dalam rundingan dengan Afghanista­n sebelum ini. Saya juga akan menghubung­i Menteri Luar Qatar dan Setiausaha Agung OIC untuk mendapatka­n maklumat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia