Berita Harian

Majlis Keselamata­n Negara dijangka keluarkan SOP gelembung pelanconga­n Pulau Langkawi minggu ini

MATA syor pengunjung jalani ujian kendiri COVID-19 sebelum masuk Langkawi

- ajohari@bh.com.my Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Kuala Lumpur: Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dijangka mengeluark­an prosedur operasi standard (SOP) projek perintis destinasi gelembung pelanconga­n ke Pulau Langkawi minggu ini.

Presiden Persatuan Agensi Pelanconga­n Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, beliau difahamkan bahawa draf akhir SOP berkenaan sedang disiapkan.

Pulau Langkawi menjadi projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

Mohd Khalid berkata, pada masa sama, pihaknya mencadangk­an selain daripada SOP pengesahan melalui aplikasi Mysejahter­a, pengunjung dimestikan menjalani ujian menggunaka­n kit ujian kendiri COVID-19 sendiri dan menunjukka­n keputusan bahawa mereka tidak dijangkiti sebelum memasuki pulau itu.

Beliau berkata, pengesahan itu hendaklah dilakukan secara terus (on the spot) di lapangan terbang atau terminal feri.

Katanya selain pengunjung, penduduk di Pulau Langkawi juga disarankan jika boleh kesemuanya diberikan vaksinasi lengkap.

“Begitu juga dengan penggiat dan pengusaha serta pekerja pelanconga­n, hotel serta rumah inap desa semuanya mesti sudah menerima dos lengkap, lokasi pelanconga­n pula mestilah mendapat

Saya rasa bila dibuka nanti akan menyebabka­n kejutan kepada rakyat, oleh itu pasukan pemantauan feri kena betul-betul membuat penelitian dan mematuhi SOP yang ketat Mohd Khalid Harun, Presiden MATA

perakuan selamat untuk dilawati oleh Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA).

“Hotel, resort dan rumah inap desa juga dimestikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC), bilik yang sudah disanitasi selepas pengunjung keluar hanya boleh dibenarkan untuk digunakan keesokanny­a.

“Feri pula tidak dibenarkan beroperasi dengan pengunjung bersesak-sesak seperti sebelum ini, saya rasa bila dibuka nanti akan menyebabka­n kejutan kepada rakyat, oleh itu pasukan pemantauan feri kena betul-betul membuat penelitian dan mematuhi SOP yang ketat,” katanya ketika dihubungi BH.

Mohd Khalid yang menyifatka­n pembukaan destinasi itu membuka pintu rezeki kepada penduduk Langkawi bagaimanap­un memberi peringatan supaya tiada pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga makanan dan perkhidmat­an.

Beliau turut mengingatk­an semua pihak untuk menjaga persekitar­an supaya dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung.

“Gelembung pelanconga­n ini bermakna memulakan daripada kosong, iaitu memberikan permulaan kepada aktiviti pelanconga­n melalui kemasukan pelancong ke satu destinasi mengikut aturan yang perlu diikuti.

“Oleh itu, persediaan yang perlu dibuat oleh semua pihak berkaitan mesti dibuat dengan penuh teliti,” katanya.

Pulau Langkawi menjadi projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September 2021, manakala destinasi pelanconga­n yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia