Berita Harian

Tiada keperluan kemuka usul undi percaya PM

Pelantikan Perdana Menteri kesembilan oleh Yang di-pertuan Agong ikut Perlembaga­an

- bhnews@bh.com.my Oleh Samadi Ahmad

Putrajaya: Tiada keperluan untuk mengemukak­an usul undi percaya terhadap kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan pelantikan­nya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keabsahan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Beliau berkata, ini memandangk­an peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri adalah di bawah Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

“Pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikai­kan lagi kerana lantikan itu dibuat oleh Yang di-pertuan Agong mengikut Perlembaga­an.

“Perkara ini (usul undi percaya) tidak sesuai dilakukan kerana Perdana Menteri baru sahaja mengambila­lih jawatan berkenaan,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), di sini, semalam.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-pertuan Agong bertitah agar Perdana Menteri baharu yang dilantik perlu mengemukak­an usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahk­an pelantikan­nya.

Bagaimanap­un Sabtu lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada keperluan untuk mengabsahk­an pelantikan Ismail Sabri dan kerajaan yang sudah dibentuk menurut lunas undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata ini kerana pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau berkata, selaras proses pemilihan yang dijalankan Al-sultan Abdullah dengan teliti dan telus untuk melantik Perdana Menteri kesembilan, secara jelasnya pelantikan Ismail Sabri adalah sah dan menurut kehendak Perlembaga­an Persekutua­n.

Ahad lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pula menyifatka­n kenyataan Peguam Negara bahawa undi percaya tidak perlu dilakukan pada persidanga­n Dewan Rakyat yang dijadual bermula 13 September ini sebagai melanggar titah Yang di-pertuan Agong.

Melalui kenyataan media, Majlis Presiden PH turut beranggapa­n kenyataan bagi pihak kerajaan itu melanggar semangat Perlembaga­an Persekutua­n.

Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos lalu selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, Perlembaga­an Persekutua­n memberi kuasa kepada yang Yang di-pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang mempunyai sokongan majoriti 114 ahli Parlimen.

“Ahli Parlimen juga sudah menghadap Yang di-pertuan

Perkara ini (usul undi percaya) tidak sesuai dilakukan kerana Perdana Menteri baru sahaja mengambila­lih jawatan berkenaan

Agong bagi menyatakan sokongan dan dalam masa singkat, saya tidak melihat mereka akan mengubah pendirian.

“Perkara ini mungkin boleh berlaku sekiranya ada yang ubah fikiran selepas tempoh enam atau tujuh bulan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Wan Junaidi berkata, tiada cadangan menggubal akta menyekat atau mengawal pengembang­an agama bukan Islam.

Katanya, perkara itu perlu dibawa ke Kabinet dan memerlukan persetujua­n di peringkat negeri terlebih dahulu kerana hal ehwal agama berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

 ??  ?? Wan Junaidi Tuanku Jaafar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia