Berita Harian

‘Kebanyakan PKS sudah tak mampu bertahan’

-

Malah, beliau menegaskan situasi semakin meruncing kerana PKS secara dasarnya sedang berada dalam situasi terburuk berikutan pelbagai sekatan yang menghalang perniagaan dijalankan seperti sebelum ini.

Justeru, katanya majoriti tidak mampu lagi bertahan seandainya sektor ekonomi tidak dibuka sepenuhnya oleh kerajaan dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan wajar memberi kelonggara­n yang bertepatan dengan kehendak PKS bagi kelangsung­an perniagaan, sekali gus juga pertumbuha­n ekonomi negara.

“Prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan perlu diperhalus­i secara bersama. Sebagai contoh, pekerja yang sudah mendapat satu dos vaksin dibenarkan untuk kembali bekerja.

“Ini kerana, jika mereka tidak dibenarkan dan perlu menunggu sehingga mendapatka­n dos lengkap vaksin, ia akan menjejaska­n operasi PKS khususnya yang terbabit dalam sektor makanan dan minuman (F&B),” katanya kepada BH.

Chee Seong berkata, hasil kaji selidik Persatuan PKS Malaysia pada bulan lalu yang membabitka­n 1,100 PKS di seluruh negara sebagai responden, mendapati 54 peratus terpaksa menghentik­an operasi perniagaan mereka ketika ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 25 peratus mengambil keputusan penutupan sehingga tempoh sekatan pergerakan berakhir; 23 peratus menutup operasi sehingga mendapat SOP baharu yang sesuai dan enam peratus bakal menutup operasi secara berkekalan.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil disebabkan oleh pelbagai faktor seperti peningkata­n kos bagi mematuhi SOP (22 peratus), sukar beroperasi dengan kapasiti pekerja hanya 60 peratus (13 peratus) dan tidak mendapat kelulusan beroperasi walaupun berada dalam kategori perkhidmat­an penting sebanyak 18 peratus.

“Seramai 47 peratus pula menutup operasi disebabkan pelbagai perkara lain seperti penurunan pendapatan, ketiadaan jualan, perniagaan berada dalam kategori perkhidmat­an tidak penting dan penurunan aliran tunai yang drastik,” katanya.

Chee Seong menambah, dari segi prestasi perniagaan, 32 peratus responden menyatakan perniagaan mereka merosot lebih 75 peratus pada bulan Mei, Jun dan Julai tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Sebanyak 25 peratus responden pula merekodkan penurunan prestasi perniagaan sepenuhnya dan 22 peratus pula merekodkan kejatuhan operasi sebanyak 50 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia