Berita Harian

2 negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 18,547 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dengan Sarawak merekodkan kes harian tertinggi untuk hari kedua berturut-turut dengan 3,200 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambaha­n kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruha­n kes kini mencecah 1,880,734 kes.

Selangor pula negeri kedua kes harian tertinggi iaitu 2,407 kes diikuti Johor (2,174); Sabah (2,107); Pulau Pinang (1,776); Kedah (1,487); Kelantan (1,458); dan 1,197 kes di Perak.

Sementara itu, negeri yang merekodkan kes bawah 1,000 adalah Pahang (742); Terengganu (645); Kuala Lumpur (631); Melaka (448); Negeri Sembilan (229); Perlis (20); Putrajaya (22); dan empat kes di Labuan.

Mengenai kapasiti dan penggunaan katil hospital COVID-19, Dr Noor Hisham menerusi perkongsia­n infografik dalam hantaran berbeza memaklumka­n penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) adalah 72 peratus daripada 17,885 katil, manakala penggunaan katil ICU adalah 68 peratus daripada 1,581 katil, setakat 5 petang kelmarin.

Tiga negeri mencatatka­n penggunaan katil bukan ICU melebihi 100 peratus iaitu Johor (111 peratus); Pulau Pinang (102 peratus) dan Perlis (100 peratus).

Bagi penggunaan katil ICU, dua negeri merekodkan penggunaan melebihi 100 peratus iaitu Perak dengan 111 peratus dan Kedah 102 peratus manakala Labuan, sifar penggunaan katil ICU.

Sementara itu, Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini melengkapk­an suntikan vaksin COVID-19 setakat kelmarin.

JKJAV menerusi perkongsia­n infografik di laman Twitter memaklumka­n sebanyak 313,751 dos vaksin COVID-19 membabitka­n 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia