Berita Harian

Syor kaji peraturan, akta tangani individu tolak dos

- Oleh Samadi Ahmad

Kuala Lumpur: Kerajaan disyor mengkaji peraturan atau akta sedia ada, termasuk Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengenal pasti punca kuasa berkaitan pemvaksina­n.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Management and Science University (MSU), Prof Datuk Dr Rohaizat Yon, berkata ia bagi meneliti aspek mewajibkan inokulasi COVID-19 atau keperluan membuat ujian saringan berkala bagi penjawat awam yang enggan divaksin tanpa alasan kesihatan.

“Kerajaan juga mungkin boleh menyemak kaedah atau modus operandi digunakan dalam situasi tertentu terhadap anggota kesihatan atau pelajar kesihatan yang diwajibkan mengambil vaksin Hepatitis B.

“Adakah konsep hampir sama boleh digunakan kerajaan untuk diaplikasi terhadap semua penjawat awam, termasuk yang menolak vaksinasi?” katanya kepada BH.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, yang mungkin mewajibkan saringan berkala ke atas penjawat awam enggan divaksin tanpa alasan kesihatan.

Khairul Adib dilaporkan berkata, perkara itu perlu diteliti secara lanjut dan arahan akan diberikan secara pentadbira­n tanpa melanggar peruntukan undang-undang dengan perbincang­an mengenainy­a dijangka diadakan minggu ini.

Ditanya kekerapan sesuai bagi saringan itu, Dr Rohaizat, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan berkata, selang masa selama dua minggu mungkin boleh dijadikan penanda aras, rentetan anggaran tempoh inkubasi jangkitan COVID-19.

“Aspek kos, ketepatan dan tempoh keputusan diperoleh perlu diambil kira jika kerajaan mahu mewajibkan penjawat awam yang menolak vaksin untuk membuat ujian saringan berkala COVID-19.

“Ujian sedia ada seperti Antigen Saliva Rapid test Kit, Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-AG) atau Ujian Real-time Reverse Transcript­ion-polymerase Chain Reaction (RT-PCR) bukan sahaja mempunyai ketepatan berbeza, tetapi juga kos dan tempoh masa keputusan diperoleh.

“Aspek pembiayaan kos sama ada oleh pekerja atau kerajaan serta pematuhan, pemantauan dan pemalsuan juga perlu dititikber­atkan jika cadangan ini mahu dilaksanak­an,” katanya.

Hasil keputusan dibawa kepada MKN untuk tindakan lanjut

Semporna: Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamad­kan pada satu mesyuarat penyelaras­an membabitka­n Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Kementeria­n Pendidikan (KPM), esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sebaik keputusan mengenai perkara berkenaan dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya.

Katanya, selain suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, mesyuarat itu juga akan membincang­kan cadangan lain berkenaan pendidikan dan kesihatan ketika menghadapi cabaran COVID-19.

Beliau memberitah­u demikian selepas meninjau program outreach suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk di Pulau Larapan, dekat sini, semalam.

Mengenai situasi Sarawak yang mencatat kes baharu COVID-19 tertinggi, kelmarin iaitu 3,714 kes dengan kadar vaksinasi di negeri itu mencapai 80 peratus, Khairy berkata, 99 peratus kes membabitka­n pesakit kate

Kuala Lumpur: Tiga fokus utama diberikan perhatian oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, dalam menggemble­ng tenaga dan usaha di bawah portfolion­ya bagi memerangi pandemik COVID-19.

Beliau berkata, tiga fokus itu selaras arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mahu semua menteri menunjukka­n hasil serta menetapkan sasaran atau petunjuk prestasi utama (KPI) jangka pendek dan sederhana.

“Sebab itu, saya tubuhkan Pasukan Petugas Khas yang bertujuan menyelaras Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementeria­n Pertahanan dalam gori satu dan dua.

“Hanya empat pesakit berada di kategori tiga, empat dan lima. Ini menunjukka­n kita dalam fasa melaksanak­an peralihan kepada endemik. Kita hidup dengan virus ini, masih lagi ada jangkitan tetapi kesannya tidak teruk sangat dengan batuk dan demam ringan sahaja,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, tahap kesedaran mengenai kepentinga­n vaksinasi COVID-19 dalam kalangan penduduk di kawasan pulau dan pedalaman di Sabah juga tinggi berdasarka­n sambutan terhadap program outreach suntikan vaksin COVID-19.

Semalam, 1,000 dos vaksin jenis dos tunggal Cansino disediakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Larapan, di sini.

Katanya, Semporna menerima 26,000 dos vaksin Cansino dan setakat ini 3,000 sudah digunakan.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata peperiksaa­n subjek bertulis bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021 yang dijadualka­n berlangsun­g dari 4 hingga 7 Oktober ini membabitka­n calon 2020 dan 2021, ditangguhk­an ke 15 hingga 18 November depan.

Langkah itu diambil bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan murid terjamin serta melengkapk­an persediaan pusat peperiksaa­n.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa dan ulasan KKM, mengurus usaha demi memenuhi agenda nasional terutama COVID-19.

“Pasukan Petugas

Khas ini diketuai Timbalan Menteri, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan melapor kepada saya setiap minggu,” katanya kepada BH.

Hishammudd­in berkata, fokus kedua beliau adalah menambah baik inisiatif di Kementeria­n Pertahanan dan ATM dengan mengambil kira Pelan Pemulihan Negara (PPN), Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Pasukan Petugas

KPM serta keputusan kebenaran Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bertarikh 6 September 2021.

“Kerajaan memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik COVID-19, terutama dari aspek keselamata­n murid dan semua petugas peperiksaa­n.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama semua agensi menyediaka­n

Khas Lembah Klang (GKVSTF) dan usaha Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Katanya, fokus ketiga adalah mengenai aspek kebajikan warga ATM, kementeria­n dan ahli keluarga mereka, selain diplomasi ketenteraa­n, aspek keselamata­n antarabang­sa khususnya dalam memerangi pengganas dan mempertaha­nkan keselamata­n negara. Pada masa sama, katanya ATM akan terus terbabit dengan lebih menyeluruh dalam usaha memerangi COVID-19.

Katanya, kelebihan sedia ada pelan tindakan demi memastikan UPKK dapat dilaksanak­an dan berjalan lancar,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Menteri Kanan Pendidikan membuat satu keputusan berkaitan pembukaan sesi persekolah­an yang akan bermula 3 Oktober depan secara berperingk­at, bermula dengan kelas peperiksaa­n mengikut perincian Pelan Pemulihan Negara (PPN). di kementeria­n dan ATM akan digunakan dan digembleng­kan sepenuhnya.

Beliau berkata, ini termasuk infrastruk­tur milik ATM di seluruh negara seperti Hospital Angkatan Tentera, Hospital Medan serta sekolah dalam kem ATM akan ditingkatk­an penggunaan­nya bagi memenuhi keperluan agenda nasional.

“Saya sudah arah tiga inisiatif awal dilaksanak­an segera, iaitu menambah hospital medan di negeri yang akan ditentukan Kementeria­n Kesihatan (KKM), menyediaka­n lebih banyak tim vaksinasi ATM dan meningkatk­an kapasiti pemberian vaksin secara pandu lalu untuk masyarakat awam,” katanya.

Hishammudd­in Hussein

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Khairy melihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) menyuntik vaksin Cansino kepada penduduk di PPV sementara di SK Pulau Larapan, Semporna, semalam.
(Foto BERNAMA) Khairy melihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) menyuntik vaksin Cansino kepada penduduk di PPV sementara di SK Pulau Larapan, Semporna, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia