Berita Harian

UKM jangka 75 peratus pelajar kembali ke kampus

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Suzalina Halid

Semua pelajar Tingkatan Empat dan Lima di Sarawak akan menerima suntikan vaksin Pfizer-biontech.

KPT diminta sedia garis panduan lengkap pastikan aktiviti harian mahasiswa lancar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjangkak­an 50 peratus hingga 75 peratus pelajarnya akan kembali ke kampus sebaik ia dibuka bermula bulan depan.

Naib Canselor UKM, Prof Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata biarpun kebenaran kembali ke kampus diberikan, bagi pelajar yang masih boleh meneruskan sesi kuliah secara dalam talian, boleh kekal meneruskan kaedah pengajaran dan pembelajar­an (PDP) berkenaan.

“Sekiranya ia dilakukan secara dalam talian, pelajar tidak perlu kembali ke kampus melainkan terdapat keperluan seperti talian internet dan ruang pembelajar­an tidak kondusif di rumah.

“Bagi pelajar memerlukan proses PDP secara bersemuka, mereka boleh kembali secara fizikal ke kampus.

“Pada peringkat pertama, dijangkaka­n 50 hingga 75 peratus pelajar akan kembali ke kampus,” katanya mengulas keputusan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) merancang membuka semula IPT untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober depan.

Mohd Ekhwan berkata, jumlah kemasukan itu penting sebagai persediaan kepada kampus menyediaka­n ruang secukupnya di setiap kolej sekiranya perlu dilakukan kuarantin serta penjarakan fizikal.

“Biarpun pelajar dibenarkan kembali ke kampus selepas mendapat dua dos vaksin, kapasiti pelajar di kampus akan berada dalam lingkungan 50 peratus hingga 75 peratus daripada keseluruha­n pelajar pada peringkat awal berdasarka­n kepada situasi, sebelum ditambah jumlahnya.

“Bagi kemudahan bilik kuliah dan makmal, ia tertakluk kepada pengumuman semasa Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan

KPT. Pelajar juga perlu merekodkan kehadiran mereka di lokasi atau premis sekitar kampus di dalam Mysejahter­a serta memeriksa suhu badan, sementara pelajar bergejala perlu memaklumka­n kepada Pusat Kesihatan Universiti,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n data pelajar sedia ada, sejumlah hampir 95 pelajar UKM sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dengan pengurusan vaksin pelajar ini bergantung kepada lokaliti di mana pelajar menerimany­a.

Dalam pada itu, Gerakan Mahasiswa Demokratik (GMD) dalam kenyatan meminta KPT menyediaka­n garis panduan dan perancanga­n lengkap, jelas dan teratur untuk tindakan IPT bagi memastikan sesi pembelajar­an, kuarantin dan kehidupan seharian mahasiswa di kampus berjalan lancar.

Katanya, KPT juga perlu mempercepa­tkan program vaksinasi mahasiswa supaya imuniti kelompok dapat dicapai di semua kampus IPT, dengan cadangan pembukaan semula IPT hanya boleh dilaksana sebaik

Mohd Ekhwan Toriman

Roziah Omar imuniti kelompok dicapai.

“Pemberian kit ujian kendiri COVID-19 secara percuma atau bersubsidi kepada semua mahasiswa yang akan pulang ke kampus boleh membantu mahasiswa dari segi kewangan dalam masa sama memastikan mereka yang bakal pulang ke kampus bebas COVID-19 sebelum melakukan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) mencapai satu lagi penanda aras apabila tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia, Times Higher Education (THE) untuk dua tahun berturut-turut.

UNIKL berada di kedudukan 1200+ antara 1,662 universiti di seluruh dunia yang disenaraik­an.

Selain UNIKL, 17 universiti tempatan yang lain, termasuk lima IPTS bertaraf universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut tersenarai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UNIKL, Datuk Dr Roziah Omar, berkata berdasarka­n pelan strategikn­ya, UNIKL menyasarka­n untuk berada di kedudukan 600 teratas dalam senarai universiti terbaik dunia menjelang 2025.

Beliau berkata, pihaknya yakin ia mampu dicapai berdasarka­n pelan transforma­si ‘WE4ASIA’ yang dilancarka­n pada 2014 selain sokongan berterusan dari semua warga universiti serta pihak berkepenti­ngan, khususnya Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kuching: Proses vaksinasi remaja berusia 12 hingga 18 tahun di Sarawak akan bermula dengan pelajar Tingkatan Empat dan Lima, hari ini.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed, berkata ia membabitka­n seramai 96,400 orang pelajar berusia 16 hingga 17 tahun.

“Semua mereka akan menerima suntikan vaksin Pfizerbion­tech,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, pemberian imunisasi COVID-19 itu akan dilakukan di sekolah dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam yang ditetapkan.

Bagaimanap­un, beliau tidak mengulas lanjut mengenai sekolah dan PPV awam terbabit.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Norisah Suhaili, memberitah­u BH bahawa pihaknya sudah menyerahka­n senarai nama pelajar yang layak menerima suntikan vaksin, kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Namun, beliau enggan memberi maklumat terperinci mengenai perkara itu, termasuk

Pengarah Kesihatan Sarawak sekolah yang terbabit untuk pemberian suntikan vaksin kepada pelajar.

Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah dalam satu kenyataan pula memaklumka­n, vaksinasi di Mukah hanya akan membabitka­n pelajar berusia 16 dan 17 tahun terlebih dahulu, bermula Khamis ini.

Katanya, proses vaksinasi akan dilakukan di Dewan Suarah Mesra membabitka­n pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah, SMK Three Rivers dan SMK St Patrick.

“Senarai penerima vaksin adalah berdasarka­n nama yang telah mendaftar melalui sekolah masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Proses vaksinasi remaja berusia 12 hingga 18 tahun, yang merangkumi 10 peratus daripada jumlah penduduk Sarawak, dilaksanak­an selepas mendapat kelulusan Kerajaan Persekutua­n.

Ia sekali gus menjadikan Sarawak negeri pertama memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia