Berita Harian

Abdul Azeez masih belum bebas, lepas tuduhan rasuah: SPRM

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.

SPRM berkata, dakwaan peguam bekas Pengerusi Tabung Haji itu yang analisis laporan kewangan SPRM sebelum ini membebaska­n Abdul Azeez daripada tuduhan itu adalah hujahan dan belum diputuskan mahkamah.

“Laporan media yang memetik kenyataan peguam Amer Hamzah Arshad, seolah-olah menggambar­kan Abdul Azeez sudah bebas daripada semua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sedangkan mahkamah belum membuat keputusan.

“Kenyataan itu adalah hujahan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan membatalka­n kesemua 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitka­n Abdul Azeez, pada 12 Mac lalu.

“SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan yang masih dalam perbicaraa­n sebelum mahkamah mendengar hujah balasan pihak pendakwaan.

“Hujah balasan pihak pendakwaan terhadap penghujaha­n pasukan peguam bela Abdul Azeez akan dibuat pada 6 Oktober ini,” kata SPRM dalam kenyataan, semalam.

Media melaporkan Mahkamah Rayuan semalam diberitahu laporan analisis kewangan SPRM sebelum ini membebaska­n Abdul Azeez daripada tuduhan membabitka­n rasuah.

Dalam penghujaha­n, peguam bela Amer Hamzah memberitah­u, di sebalik laporan itu, anak guamnya masih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitka­n projek jalan raya di Kedah dan Perak serta pengubahan wang haram.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu yang menolak permohount­uk nannya membatalka­n tiga tuduhan rasuah dan sepuluh tuduhan pengubahan wang haram.

 ??  ?? Abdul Azeez Abdul Rahim
Abdul Azeez Abdul Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia