Berita Harian

Pengusaha mahu pastikan pembukaan lancar

-

Langkawi: Pengusaha hotel dan produk pelanconga­n di Langkawi menggesa kerajaan mengumumka­n prosedur operasi standard (SOP) berhubung gelembung pelanconga­n dengan segera.

Mereka berkata langkah itu penting bagi kelancaran persediaan menjelang pembukaan semula Langkawi untuk menerima pengunjung bermula 16 September ini, termasuk memudahkan urusan pengesahan tempahan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelanconga­n Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, berkata ahli persatuan itu meliputi tujuh hotel dan 11 chalet, menerima banyak pertanyaan daripada pelancong seluruh negara berhubung perkara berkenaan sejak minggu lalu.

“Namun, kami pun masih keliru dan tidak dapat menjawab pertanyaan pelancong berkaitan dokumen yang mereka boleh guna bagi tujuan melancong ke Langkawi.

“Kami tidak pasti sama ada pelancong boleh menggunaka­n surat tempahan hotel atau perlu mempunyai surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan rentas daerah dan negeri,” katanya kepada BH, semalam.

Buat masa ini, beliau berkata, kebanyakan pihak hotel, chalet dan produk pelanconga­n hanya menerima tempahan dengan hanya mencatat nama pelanggan, sementara menunggu SOP dikeluarka­n.

Sementara itu, Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA) Langkawi menasihati 45 ahlinya supaya tidak teruja untuk menerima sebarang bayaran tempahan sebelum SOP dikeluarka­n.

Pengerusin­ya, Datuk Noorazly Rosly, mengaku pihaknya menerima banyak pertanyaan untuk tempahan penginapan, terutama sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

“Bagaimanap­un, saya menasihati ahli supaya jangan terburu-buru menerima tempahan dan bayaran, kerana SOP gelembung pelanconga­n belum dikeluarka­n kerajaan.

“Jika ada halangan untuk pelancong terbabit berkunjung ke Langkawi apabila SOP dikeluarka­n nanti, pasti menyusahka­n ahli pula bagi urusan mengembali­kan semula wang tempahan yang sudah dibuat,” katanya.

Justeru, beliau turut menggesa Majlis Keselamata­n Negara (MKN) atau Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) agar segera mengeluark­an SOP dalam minggu ini bagi memudahkan urusan berkaitan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Hotel dan chalet di Langkawi sudah bersedia menerima kedatangan pelancong pada pembukaan semula Langkawi bermula 16 September ini.
(Foto hiasan) Hotel dan chalet di Langkawi sudah bersedia menerima kedatangan pelancong pada pembukaan semula Langkawi bermula 16 September ini.
 ??  ?? Zainudin Kadir
Zainudin Kadir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia