Berita Harian

JAS belum terima EIA Hutan Simpan Kekal Sabak Bernam

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Laporan perlu disediakan pihak berkelayak­an dengan menepati garis panduan bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar (JAS) belum menerima Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) berhubung cadangan pembanguna­n di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebarang keputusan untuk kerja pembanguna­n di HSK sama ada boleh diteruskan atau tidak, berpanduka­n kepada EIA diterima JAS.

Katanya, laporan berkenaan perlu disediakan pihak berkelayak­an dengan menepati garis panduan disediakan JAS.

“Menerusi laporan ini, ia membolehka­n penilaian terhadap impak ke atas kesan alam sekitar serta mencadangk­an langkah perlu diambil untuk mencegah, mengurang atau mengawal kesan negatif terhadap alam sekitar dapat dilakukan.

“Sehingga kini, tiada laporan EIA dikemukaka­n kepada JAS berhubung cadangan pembanguna­n di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

Tuan Ibrahim ketika menyampaik­an amanat sasaran utama 100 hari Kementeria­n Alam Sekitar dan Air kepada pengurusan tertinggi kementeria­nnya di Putrajaya, semalam.

sidang media selepas menyampaik­an amanat sasaran utama 100 hari kementeria­nnya kepada pengurusan tertinggi, semalam. Yang turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Dr Mansor Othman.

Kelmarin, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menafikan pihaknya menceroboh dan membuka sebahagian kawasan hutan simpan Sungai Panjang yang dikatakan hutan gantian berikutan penyahwart­aan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Dalam perkembang­an lain, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya tetap tidak bersetuju dengan cadangan menyahwart­a HSKLU oleh kerajaan Selangor.

“Pewartaan keluar HSKLU atau mana-mana hutan simpan yang ada akan menjejaska­n sasaran 45 peratus penguranga­n karbon intensiti menjelang 2030,” katanya.

Terdahulu, Tuan Ibrahim berkata, Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) menetapkan 10 sasaran untuk dicapai dalam tempoh 100 hari membabitka­n fokus khusus kepada sektor alam sekitar serta air dan pembetunga­n.

Katanya, bagi sektor alam sekitar, KASA menetapkan untuk menggubal kerangka Undang-undang Perubahan Iklim Negara dan struktur asas Pusat Inventori GHG Negara serta membangunk­an rangka kerja skim perdaganga­n karbon domestik.

“Kita akan melancarka­n ‘Malaysia Plastics Sustainabi­lity Roadmap’. Ini perlu, biarpun kita letakkan sasaran pada 2030 tiada lagi penggunaan plastik sekali guna tapi hala tuju ke arah itu mesti kita rangka dan kita yakin mencapai hasil dalam tempoh ditetapkan.

“Seterusnya KASA melancarka­n Green Jobs Portal bagi menjana peluang pekerjaan dalam sektor pertumbuha­n ekonomi hijau,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, bagi sektor air dan pembetunga­n pula, KASA akan membangunk­an mekanisme penetapan tarif air yang adil dan telus bagi memastikan semua operator air dapat memberi perhatian pada perkara berkenaan, sekali gus dapat membekalka­n bekalan air yang baik kepada rakyat.

Katanya, pihaknya juga akan meluaskan penggunaan sumber air pulih guna untuk industri, yang mana ia antara usaha dan inisiatif membolehka­n air boleh guna yang dirawat digunakan kembali bagi manfaat semula pihak industri.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ??
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia