Berita Harian

Bintai Healthcare pengedar bersama Sinopharm

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Bintai Kinden Corporatio­n Bhd (Bintai Kinden) menerusi anak syarikatny­a, Bintai Healthcare Sdn Bhd (Bintai Healthcare), meningkatk­an penawaran produk penjagaan kesihatan menerusi pengedaran bersama vaksin COVID-19, Sinopharm kepada sektor swasta di Malaysia.

Langkah mengukuhka­n kedudukan di pasaran Malaysia itu direalisas­ikan menerusi pemeteraia­n Perjanjian Kerjasama Perniagaan dengan NGT Solutions (M) Sdn Bhd (NGTS), iaitu Penganjur Penjagaan Kesihatan dilantik Duopharma Biotech Bhd (Duopharma).

Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai, berkata kerjasama antara Bintai Healthcare dan NGTS menjadi detik penting kepada Bintai Group bagi memperkuku­hkan keupayaann­ya sebagai penyedia penjagaan kesihatan untuk menawarkan produk dan perkhidmat­an lebih luas termasuk pengedaran peranti perubatan dan penyelesai­an penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Kami sudah memiliki produk untuk disimpan, diangkut dan mengedarka­n vaksin COVID-19 pada pelbagai suhu. Bintai Healthcare adalah pengedar eksklusif Greenie Medi Cold Chain Box yang dihasilkan SLAB Asia Co Ltd, Korea (SLAB Asia) di Malaysia," katanya.

Syarikat galak komuniti penghantar menabung untuk persaraan

mahanum_aziz@bh.com.my

Grab Malaysia (Grab) menerusi kerjasama terkini dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberikan insentif kepada rakan pemandu dan penghantar­nya yang menabung untuk simpanan persaraan melalui program i-saraan bermula 1 September lalu.

Ia memberi insentif caruman tambahan sebanyak lima peratus sehingga maksimum RM80 setiap kepada rakan pemandu dan penghantar berumur bawah 55 tahun yang mencarum melalui program i-saraan KWSP.

Bagi rakan pemandu dan penghantar berumur 55 tahun ke atas yang mencarum melalui program caruman sukarela KWSP, Grab memberi insentif caruman tambahan sebanyak 10 peratus, sehingga maksimum RM120 setiap tahun.

Grab juga memberi insentif caruman tambahan sebanyak 10 peratus, sehingga maksimum RM120 setiap tahun bagi rakan pemandu dan penghantar yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya (OKU) bagi semua peringkat umur yang mencarum melalui i-saraan atau program caruman sukarela KWSP.

Insentif itu adalah susulan pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) antara Grab dengan KWSP bagi menggalakk­an komuniti rakan pemandu dan penghantar Grab menabung untuk simpanan persaraan melalui program i-saraan bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun atau caruman sukarela bagi yang berumur 55 dan ke atas.

MOU itu adalah kesinambun­gan

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP daripada MOU yang dimeterai kedua-dua pihak pada Ogos 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kerjasama kedua-dua pihak akan meningkatk­an kesejahter­aan persaraan rakan pemandu dan penghantar Grab.

Beliau berkata, MOU itu juga bertujuan mempromosi­kan literasi kewangan dalam kalangan rakan pemandu dan penghantar Grab selain kepentinga­n membuat persediaan persaraan, terutama dalam landskap ekonomi mencabar, yang mana semua pihak perlu cakna dengan keadaan kewangan masing-masing.

“Kami berharap komuniti rakan pemandu dan penghantar

Grab yang amat bekerja keras akan mendaftar sebagai ahli KWSP dan membuat simpanan untuk tabung persaraan mereka, sama ada melalui program i-saraan atau caruman sukarela.

“Ini bukan sahaja dapat membantu mereka membuat persediaan persaraan, malah mereka juga akan dapat mendapat manfaat sebagai ahli KWSP, antaranya dividen tahunan ke atas simpanan, pelepasan cukai dan bantuan kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh, berkata pihaknya berbesar hati atas kerjasama dengan KWSP, selaras dengan langkah kerajaan yang ingin mewujudkan ekosistem perlindung­an sosial lebih holistik.

Beliau berkata, Grab komited memberikan peluang sama rata untuk mengakses mata pencarian baharu dan juga membantu mengatasi penganggur­an dengan menggalakk­an pendapatan tambahan melalui ekonomi digital, terutama bagi mereka yang berkeadaan unik seperti OKU dan pesara.

Berikutan pandemik, katanya terdapat penambahan pendaftara­n yang mendadak untuk menjadi rakan pemandu dan penghantar, dengan lebih 50,000 orang menyertai platform berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia