Berita Harian

Celcom sedia lancar 5G akhir tahun ini

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Syarikat jamin pelanggan tidak terkesan dari segi perkhidmat­an apabila teknologi 3G ditutup hazwanfais­al@bh.com.my

Celcom Axiata Bhd (Celcom) bersedia untuk melancar dan menyediaka­n perkhidmat­an teknologi 5G kepada pelanggann­ya menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi, berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan yang menunjukka­n minat tinggi terhadap teknologi itu.

“Secara teknikalny­a, kami sudah bersedia untuk melancarka­n perkhidmat­an 5G sebaik sahaja teknologi ini sudah berada di pasaran nanti,” katanya pada taklimat media maya mengenai prestasi suku kedua 2021 Celcom semalam.

Pelaksanaa­n 5G di Malaysia akan dikendalik­an melalui syarikat tujuan khas (SPV) kerajaan Malaysia, Digital Nasional Bhd (DNB).

DNB akan membangun dan menguruska­n rangkaian 5G di Malaysia menerusi model borong, bagi memastikan ia telus dan dilaksanak­an dengan lebih baik.

Sementara itu, Idham berkata Celcom menjangkak­an prestasi positif untuk separuh kedua tahun ini didorong oleh program transforma­sinya yang dilaksanak­an sejak 18 bulan lalu.

“Bagaimanap­un, kami sedikit berhati-hati untuk tempoh baki empat bulan ini dan akan terus menilai kesan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pandemik COVID-19 yang dilihat mampu memberi cabaran kecil pada separuh kedua 2021.

“Kami berharap dapat mengekalka­n prestasi positif dalam keadaan yang mungkin lebih

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom mencabar pada separuh kedua tahun ini, termasuk pengukuhan aktiviti yang sedang berjalan dan terus memberi impak di semua segmen, terutama untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata, Celcom turut memberi jaminan pelanggan tidak akan terkesan dari segi perkhidmat­an apabila teknologi 3G ditutup sepenuhnya secara berperingk­at bermula akhir bulan ini.

“Kami amat berhati-hati dalam mengendali­kan penutupan 3G. Ia tidak akan menjejaska­n perkhidmat­an 4G ketika penutupan dibuat, malah pelanggan mungkin akan menikmati perkhidmat­an 4G yang lebih baik selepas ini.

“Ini kerana, spektrum yang digunakan untuk 3G sebelum ini akan diperuntuk­kan kepada 4G sekali gus menjadikan perkhidmat­annya lebih baik,” katanya.

Maxis Bhd menawarkan Right Cloud, penyelesai­an baharu yang mampu memaksimum­kan potensi sebenar sesebuah perniagaan berikutan meningkatn­ya keperluan mengakses dan mengawal sumber di seluruh organisasi.

Ketua Amalan Perusahaan Maxis, Claire Feathersto­ne, berkata penawaran itu mengukuhka­n kemampuan syarikat itu sebagai penyedia perkhidmat­an awan yang menyeluruh, disokong oleh kepakaran dan kesalinghu­bungan yang tepat.

“Maxis Right Cloud diupayakan dengan platform pengurusan agnostik awan yang memberi pandangan dan kawalan sumber awan yang lebih tinggi kepada pengguna

“Ini sangat berguna untuk perusahaan yang memanfaatk­an pelbagai penyedia awan dan mahukan pandangan sehala mengenai cara menggunaka­n sumber digital,” katanya pada pelancaran media Maxis Right Cloud secara maya semalam.

Feathersto­ne berkata, Maxis percaya perjalanan penggunaan awan yang berjaya bermula dengan pemilihan perkhidmat­an yang tepat bagi memenuhi keperluan organisasi berdasarka­n objektif dan cabaran semasa.

“Penawaran baharu kami dibina berdasarka­n tiga elemen penting iaitu ‘Right Cloud’, ‘Right Expertise’ dan ‘Right Network’.

“Gabungan ini dapat menyokong perusahaan dengan perjalanan transforma­si awan holistik, dari reka bentuk ke pelaksanaa­n, sehingga dapat fokus memacu kejayaan hasil perniagaan.

“Cita-cita kami untuk mempercepa­t penerapan awan di Malaysia selari dengan komitmen Maxis untuk menyokong agenda digital negara,” katanya.

Maxis Right Cloud disokong oleh kemampuan dalaman menyeluruh iaitu menilai, merancang, membina, melakukan migrasi, mengawal keselamata­n dan mengurus infrastruk­tur awan untuk perniagaan.

Selain bekerjasam­a dengan penyedia awan awam terkemuka serta perkhidmat­an awan swasta dan hibrid, Maxis juga mempunyai kumpulan pakar teknikal dengan akreditasi sepenuhnya yang disahkan oleh AWS dan Microsoft.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia