Berita Harian

Dagangan berakhir lebih tinggi

-

FBM KLCI naik 1.89 mata disokong belian saham wajaran tinggi terpilih

Bursa Malaysia ditutup tinggi dalam dagangan jajaran kecil, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.89 mata kepada 1,583.48 daripada 1,581.59 ketika ditutup pada Isnin.

Ia dibuka tinggi 0.16 mata kepada 1,581.75 dan berada antara 1,580.14 hingga 1,586.37 sepanjang hari.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 632 berbanding 439, manakala 425 kaunter tidak berubah, 731 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 4.75 bilion unit bernilai RM2.89 bilion daripada 4.42 bilion unit bernilai RM2.89 bilion pada Isnin.

Peniaga berkata Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki bursa serantau yang kebanyakan­nya meneruskan kenaikan semalam tetapi berada dalam jajaran kecil sepanjang sesi dagangan, mengambil petunjuk daripada laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) terkini yang rendah.

“Di bursa tempatan, aktiviti pengambila­n untung dalam saham kewangan terus menjejaska­n indeks barometer, bagaimanap­un, indeks disokong oleh belian berterusan dalam saham Press Metal yang menyumbang 4.24 mata kepada indeks,” katanya. rasmi bagi Oktober ke atas semua gred minyak mentah yang dijual ke rantau pembeli terbesarny­a, Asia sekurang-kurangnya AS$1 satu tong,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau menambah kerugian seterusnya dihadkan antaranya oleh data perdaganga­n China yang meningkat pada kadar yang lebih pantas iaitu 25.6 peratus pada Ogos daripada tahun lalu pengukuhan pasaran ekuiti global yang meningkat untuk mencecah paras tinggi bagi lapan sesi berturut-turut selain nilai ringgit yang lemah berbanding dolar AS.

Pada jam 5 petang, ringgit diniagakan pada 4.1545/1570 berbanding dolar AS daripada 4.1465/1490 ketika penutupan urus niaga Isnin.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 menyusut 1.5 sen kepada RM6.70 sekilogram sementara lateks pukal kekal pada RM5.02 sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga penutupan LGM untuk SMR 20 ialah pada RM6.69 sekilogram manakala lateks pukal pada RM4.96 sekilogram.

Pasaran Asia turut ditutup kebanyakan­nya tinggi berikutan pelabur menunggu keputusan daripada bank pusat di Eropah dan di tempat lain mengenai petunjuk berhubung rangsangan ekonomi dan langkah yang diambil untuk membendung pandemik COVID-19.

Indeks Straits Times Singapura naik 0.14 peratus kepada 3,105.44, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.73 peratus kepada 26,353.63, Nikkei 225 Jepun menambah 0.86 peratus kepada 29,916.14.89 manakala Kospi Korea Selatan berkuranga­n 0.50 peratus kepada 3,187.42.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot enam sen kepada RM8.27, Petronas Chemicals, IHH Healthcare dan CIMB, masing-masing susut lima sen kepada RM8.05, RM6.30 dan RM4.91.

Public Bank menambah satu sen kepada RM4.10 manakala Tenaga tidak berubah pada RM10.34.

Daripada saham aktif, KNM import dan eksport China pada Ogos melepasi jangkaan kaji selidik Bloomberg ke atas ahli ekonomi dengan aliran masuk minyak mentah antarabang­sa melonjak ke paras tinggi bagi tempoh lima bulan.

Data perdaganga­n kukuh menambah prospek lebih baik di Eropah, di mana permintaan minyak mentah melonjak selepas tempoh beberapa bulan sekatan pergerakan dilaksanak­an akibat peningkata­n semula jangkitan COVID-19.

Ahli Strategi Kanan OANDA Asia Pacific Pte, Jeffrey Halley, berkata angka perdaganga­n akan ‘mengurangk­an sedikit kebimbanga­n penurunan di China’.

“Angka ini dapat membantu harga minyak kekal tinggi sepanjang sesi hari ini (semalam),” katanya.

Pergerakan harga minyak menghadapi ketidakten­tuan dalam tempoh beberapa bulan lalu selepas harga melonjak hampir 50 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Penularan pantas varian COVID-19, Delta telah meningkatk­an kebimbanga­n ke atas permintaan walaupun China berjaya menangani wabak terbaharu itu dengan pantas.

Terdapat jangkaan bahawa pasaran akan menjadi lebih ketat dalam tempoh baki tahun ini dan minggu lalu, OPEC+ yang menjangkak­an pemulihan akan menjadi lebih pantas, bersetuju untuk terus meningkatk­an bekalan setiap bulan.

Pasaran minyak mentah dibuka lebih lemah pada Isnin selepas langkah Arab Saudi menurunkan harga minyak ke Asia bulan depan melebihi jangkaan, naik 2.5 sen kepada 31.5 sen, TFP Solutions meningkat setengah sen kepada 23.5 sen dan Avillion menambah satu sen kepada 14 sen.

Pegasus dan AE Multiholdi­ngs, masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 19.51 mata kepada 11,600.36, Indeks FBMT 100 meningkat 13.80 mata kepada 11,286.28 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.94 mata kepada 12,711.89.

FBM 70 naik 19.93 mata kepada 15,223.88 manakala FBM ACE meningkat 84.72 mata kepada 7,360.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 38.14 mata kepada 15,438.08, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 4.45 mata kepada 6,621.26 manakala Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an naik 1.17 mata kepada 201.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 3.28 bilion saham bernilai RM2.54 bilion daripada 2.87 bilion saham bernilai RM2.48 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 330.70 juta unit bernilai RM50 juta daripada 315.03 juta unit bernilai RM48.91 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkuranga­n kepada 1.13 bilion saham bernilai RM296.22 juta daripada 1.24 bilion saham bernilai RM360.88 juta semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 454.91 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (1.14 bilion), pembinaan (194.26 juta), teknologi (316.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (53.11 juta), hartanah (363.20 juta), perladanga­n (39.16 juta), REIT (8.25 juta), dana tertutup (38,500), tenaga (445.34 juta), penjagaan kesihatan (59.77 juta), telekomuni­kasi dan media (39.58 juta), pengangkut­an dan logistik (147.16 juta) dan utiliti (16.44 juta). BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia