Berita Harian

Junta Myanmar bebaskan sami Buddha anti-islam

-

Yangon: Junta tentera Myanmar membebaska­n sami Buddha antiislam yang sebelum ini dipenjarak­an atas pertuduhan menghasut oleh kerajaan Aung San Suu Kyi yang digulingka­n Februari lalu.

Ashin Wirathu, yang sebelum ini pernah digelar majalah Time sebagai ‘Buddhist Bin Laden’ kerana menghasut kebencian agama di Myanmar, dibebaskan kelmarin selepas semua pertuduhan terhadapny­a digugurkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n, dia sedang menerima rawatan di sebuah hospital tentera, namun tidak dijelaskan kenapa dia dimasukkan ke hospital.

Lelaki berusia 53 tahun itu terkenal kerana retorik nasionalis anti-islam terutama terhadap etnik Islam Rohingya yang menjadi pelarian.

Pada 2017, pihak berkuasa tertinggi Buddha di Myanmar mengharamk­an Wirathu daripada berdakwah selama setahun kerana ucapan berbaur menghasut.

Selepas larangan itu tamat, pendakwah protentera itu kembali berucap pada rapat umum, di mana dia menuduh kerajaan Suu Kyi terbabit rasuah dan mengkritik kegagalan meminda Perlembaga­an mengikut kehendak junta tentera.

Dia juga menghadapi tuduhan cuba menyemarak­kan ‘kebencian atau penghinaan’ dan ‘meluahkan kemarahan’ terhadap kerajaan demokrasi Suu Kyi.

Myanmar dilanda kemelut sejak rampasan kuasa tentera 1 Februari lalu, yang menyaksika­n tindakan ketenteraa­n terhadap penunjuk perasaan menyebabka­n lebih 1,000 orang terkorban, menurut kumpulan aktivis.

Bulan lalu, Junta Myanmar, yang diisytihar­kan sebagai Majlis Pentadbira­n Negara, membatalka­n keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) November lalu, di mana parti pimpinan Suu Kyi, Liga Nasional Demokrasi (NLD) menang besar.

Dalang rampasan kuasa, Min Aung Hlaing, mendakwa tindakan itu diambil selepas didapati berlaku penipuan besarbesar­an ketika pemilihan itu.

AFP

Berlin: Aktivis hak asasi membuat aduan jenayah di Jerman terhadap lima peruncit termasuk C&A, Lidl dan Hugo Boss, mendakwa mereka memanfaatk­an hasil kerja buruh paksa warga Uighur di China.

Pusat Perlembaga­an dan Hak Asasi Manusia Eropah (ECCHR) mengesahka­n sudah menerima kes itu, yang turut menyasarka­n dua rangkaian pasar raya Aldi Nord dan Aldi Sued selepas melakukan siasatan terbuka.

Miriam Saage-maass dari ECCHR berkata, sukar bagi pertubuhan awam mendapatka­n bukti jelas mengenai penyalahgu­naan itu tetapi memadai bagi pendakwa raya menelitiny­a dengan lebih dekat kerana ada banyak maklumat.

Katanya, semua syarikat itu ‘secara terbuka dan sukarela’ menyenarai­kan kilang pembekalan mereka dari Xinjiang, wilayah China yang menjadi pusat dakwaan buruh paksa dan ia mungkin hanya sebahagian kecil.

“Persoalann­ya ialah sama ada menjalin hubungan perniagaan boleh ditakrifka­n sebagai membantu dan bersubahat dengan jenayah antarabang­sa itu.

“Kapas dari China mewakili 20 peratus daripada pengeluara­n global, dengan 80 peratus dihasilkan di Xinjiang dan wujud kemungkina­n besar lebih banyak syarikat menggunaka­n sumber dari rantau itu,” katanya, kelmarin.

Amerika Syarikat (AS) mendakwa Beijing melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Uighur dan etnik Islam Turkic di Xinjiang, di mana pakar menganggar­kan lebih sejuta orang ditahan di ‘kem latihan’.

Beberapa jenama utama termasuk Uniqlo, H&M, Nike dan Adidas tahun lalu mengumumka­n akan berhenti membeli kapas dari rantau itu, yang menyebabka­n gesaan supaya pembeli di China memboikot barangan berkenaan. AFP

 ??  ?? Ashin Wirathu
Ashin Wirathu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia