Berita Harian

Arab Saudi cadang wujud mekanisme baharu umrah

-

Persediaan terima seberapa ramai jemaah seperti sebelum pandemik

Riyadh: Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanak­an mekanisme baharu untuk pembelian pakej umrah serta mengeluark­an visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara.

Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehka­n setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarka­n secara dalam talian.

Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan dikeluarka­n melalui pengendali atau majikan untuk 25 orang atau lebih jemaah umrah.

Ia akan dilakukan selepas menandatan­gani kontrak antara penyedia perkhidmat­an umrah antara kerajaan dan ejen pelanconga­n berlesen mereka di negara masing-masing.

Sementara itu, mekanisme kedua adalah berdasarka­n urus niaga antara pengendali dan pelanggan di mana seorang jemaah umrah atau sekumpulan kecil jemaah dengan jumlah maksimum sembilan orang dapat masuk terus ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah.

Menerusiny­a, jemaah boleh berbuat demikian dengan memilih program umrah yang diperlukan melalui portal dalam talian yang diluluskan, menurut laporan Al-arabiya.

Arab Saudi sebelum ini mengumumka­n akan menerima lebih ramai jemaah umrah dan ia akan diselarika­n dengan kuota yang dipersetuj­ui antara banyak negara Islam sebelum penularan pandemik COVID-19, lapor media tempatan.

Kementeria­n Haji dan Umrah sebelum ini menegaskan kesediaan untuk menerima seberapa ramai jemaah umrah seperti sebelumnya, dengan menyatakan semua persiapan untuk menerima jemaah haji sudah selesai, selain tidak menghadapi kesukaran untuk menerima jemaah haji dari luar negara dalam tempoh kebelakang­an ini sejak awal musim umrah yang baharu.

“Kementeria­n mempunyai kemampuan untuk mengendali­kan kemasukan jemaah umrah sesuai dengan kuota yang diberikan kepada setiap negara Islam dan kementeria­n siap sedia menangani jumlah jemaah seperti dalam situasi biasa,” kata Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Amr Al Maddah.

Beliau berkata, kementeria­n sedang berusaha menambah baik aplikasi mudah alih Shaaer dan Eatmarna bagi mengendali­kan semua perkhidmat­an yang disediakan. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia