Berita Harian

Strategi baharu Singapura kawal peningkata­n kes

-

Individu ada amaran risiko kesihatan wajib jalani ujian, asingkan diri

Singapura: Susulan peningkata­n dua kali ganda melebihi 1,200 kes COVID-19 mingguan, Singapura mengumumka­n langkah kawalan baharu untuk memastikan keadaan terkawal.

Ia bertujuan memberi republik itu masa untuk menyuntik vaksin kepada lebih ramai orang, sekali gus membendung penularan coronaviru­s tanpa perlu kembali kepada langkah kawalan yang ketat bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Menteri Kewangan, Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak pelbagai kementeria­n (MTF) COVID-19, berkata beberapa strategi sudah dikenal pasti bagi tujuan itu.

“Amaran risiko kesihatan (HRW) dan pemberitah­uan risiko kesihatan (HRA) akan dikeluarka­n apabila kelompok baharu dikesan, di mana sebaik sebuah kelompok dikenal pasti, HRW dan HRA akan dikeluarka­n kepada individu yang terdedah untuk membendung­nya secepat mungkin.

“Mereka yang menerima HRW wajib mendapatka­n ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) dan mengasingk­an diri sehingga mereka mendapat keputusan negatif daripada ujian pertama mereka.

“Mereka juga akan diminta melakukan ujian pantas antigen (ART) selepas itu, dan satu lagi ujian PCR pada hari ke-14,” katanya kelmarin.

Tambah Wong, mereka yang menerima HRA tidak diwajibkan tetapi digalakkan menjalani ujian PCR secepat mungkin.

Bagi kedua-dua HRW dan HRA, individu harus mengurangk­an interaksi sosial mereka selama 14 hari.

Pekerja lebih banyak sektor termasuk kakitangan barisan hadapan, pengangkut­an awam dan pekerja pasar raya, kini harus menjalani ujian rutin berjadual pantas secara mandatori.

Ujian sedemikian juga harus dilakukan lebih kerap untuk pekerja terbabit iaitu daripada dua minggu sekali kepada seminggu sekali, manakala syarikat dalam sektor tidak wajib menjalani ujian mandatori diberi lapan kit ART bagi setiap pekerja.

Kerajaan akan memberikan lapan kit ART bagi setiap pekerja bagi memudahkan ujian kakitangan setiap minggu selama dua bulan dan semua syarikat dijangka dapat memulakan ujian mingguan untuk kakitangan mereka di lokasi.

Ujian itu boleh dilakukan oleh individu di rumah atau di tempat kerja tetapi majikan harus mempunyai proses memastikan ujian dilakukan dengan betul dan melaporkan keputusann­ya kepada agensi kerajaan masing-masing.

Sementara itu, Wong berkata, orang ramai dinasihat mengehadka­n perjumpaan sosial kepada sekali sehari.

“Bagi dua minggu akan datang, penduduk Singapura dinasihat mengehadka­n diri mereka kepada satu perjumpaan sosial sehari, sama ada di rumah lain atau di tempat awam.

Perhimpuna­n sosial di tempat kerja tidak lagi dibenarkan mulai hari ini dan kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas sekiranya terdapat kes positif dalam kalangan pekerja.

Dalam pada ini, suntikan dos

Menteri Kewanga penggalak vaksin COVID-19 dipertimba­ngkan untuk golongan muda.

Wong berkata, kerajaan juga sedang mengkaji kemungkina­n melancarka­n suntikan pengganti vaksin COVID-19 untuk golongan muda.

“Ini bukan saja akan melindungi mereka, tetapi juga membantu mengekang penularan,” katanya.

Minggu Lalu, Singapura mengumumka­n bahawa republik itu akan melancarka­n suntikan penggalak untuk warga emas mulai hujung bulan ini. AGENSI

Vietnam kini berdepan penularan paling serius COVID-19 dengan hampir 540,000 kes.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia