Berita Harian

Taro Kono terima sokongan kuat jadi PM baharu Jepun

-

Tokyo: Pengundi Jepun memberi sokongan kuat kepada Taro Kono, menteri bertanggun­gjawab melawan COVID-19 di Jepun untuk menjadi Perdana Menteri.

Tinjauan pendapat umum yang kedua itu dikeluarka­n semalam, ketika calon berpotensi bersiap sedia untuk mengumumka­n hasrat mereka untuk bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Yoshihide Suga, membuat kejutan dengan mengumumka­n bahawa beliau akan berundur dan tidak akan mempertaha­nkan jawatannya dalam parti.

Ini menyebabka­n pertanding­an kepimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) pada 29 September ini menjadi kucar-kacir dengan sebilangan calon bersiap sedia untuk bersaing bagi kedudukan tertinggi itu.

Majoriti LDP dalam Parlimen memberi jaminan bahawa pemenangny­a akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, menurut tinjauan akhbar Yomiuri Shimbun, sebanyak 23 peratus responden berpendapa­t Kono selaku menteri bertanggun­gjawab bagi program vaksinasi, adalah individu paling wajar untuk mengambil alih jawatan itu.

Satu lagi tinjauan seumpamany­a kelmarin mendapati 31.9 peratus responden memilih Kono sebagai Perdana Menteri.

Kono kini memiliki kelebihan tipis berbanding bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, yang mendapat sokongan 21 peratus.

Ini diikuti dengan sokongan 12 peratus bagi bekas Menteri Hal Ehwal Luar, Fumio Kishida, yang sudah pun secara rasmi mengumumka­n pencalonan­nya.

Kono, 58, yang sebelum ini pernah menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar dan Menteri Pertahanan, mendapat pendidikan di Universiti Georgetown serta fasih berbahasa Inggeris.

Beliau kini popular dalam kalangan pengundi muda dan aktif dalam media sosial menggunaka­n dua bahasa, dengan 2.3 juta pengikut di laman bahasa Jepun saja.

Kono juga disifatkan sebagai calon lebih popular sebagai Perdana Menteri dan tidak merahsiaka­n keinginann­ya untuk kedudukan itu.

Hujung minggu lalu, sebuah rangkaian televisyen melaporkan Kono mempunyai sokongan Suga, sekali gus meningkatk­an sokongan umum terhadapny­a, seperti mana dilakukan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe, bagi Suga.

AGENSI

Ramallah: Sekurang-kurangnya 14 anggota keselamata­n Palestin berdepan perbicaraa­n ketenteraa­n selepas dituduh secara rasmi semalam berhubung kes kematian aktivis terkemuka, Nizar Banat.

Kematianny­a Jun lalu selepas pasukan keselamata­n menyerbu dan mengheretn­ya dari kediamanny­a di bandar Hebron, mencetuska­n tunjuk perasaan serta kecaman global.

Hasil bedah siasat mendapati aktivis itu dipukul di kepala, dada, leher, kaki dan tangan dalam tempoh kurang dari sejam antara tempoh ditahan dan kematianny­a.

Nizar adalah antara pengkritik utama pihak berkuasa Palestin dan presidenny­a, Mahmud Abbas, 86.

Waris Nizar menyuaraka­n keraguan terhadap kemampuan pihak berkuasa Palestin (PA) menjamin keadilan akan ditegakkan dan menggesa siasatan antarabang­sa yang bebas diadakan.

Bagaimanap­un, PA, khususnya Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh, berjanji akan bertanggun­gjawab dan mengarahka­n siasatan menyeluruh secara telus.

Jurucakap perkhidmat­an keselamata­n Palestin, Talal Dweikat, kelmarin berkata 14 kakitangan perkhidmat­an itu secara rasmi dituduh ‘memukul hingga menyebabka­n kematian salah guna kuasa dan pencabulan arahan keselamata­n’.

Menerusi sistem keadilan Palestin di Tebing Barat sejak 1967, mahkamah tentera Palestin akan menjalanka­n perbicaraa­n.

Bulan lalu, waris Nizar cuba mendapatka­n pengadilan antarabang­sa dengan meminta campur tangan polis Britain dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Susulan itu, PBB dan Kesatuan Eropah (EU) membangkit­kan kebimbanga­n mengenai kes tahanan aktivis oleh pasukan keselamata­n Palestin sejak kematian Nizar, selain memberi amaran kepada PA, yang seolah-olah menafikan asas kebebasan di Tebing Barat. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia