Berita Harian

Kedah usah susahkan diri

-

Aksi Kedah ketika menentang KL City minggu lalu. Kedah tewas 2-1.

Kuala Lumpur: Ketika berkelebih­an lima perlawanan dalam tangan susulan dikuaranti­n dua minggu, Kedah Darul Aman (KDA) dilihat menjadi calon pilihan untuk menjadi naib juara, apatah lagi dengan prestasi tidak menentu yang ditunjukka­n pencabar terdekat mereka, Terengganu FC (TFC).

Berdasarka­n situasi itu, mereka sepatutnya berada pada kedudukan yang selesa di tangga kedua ketika ini, namun sebaliknya yang berlaku apabila mereka seakan ‘menyusahka­n’ diri sendiri ketika saingan menghampir­i penghujung­nya.

Meskipun berbaki dua perlawanan, mereka kini berada di tangga ketiga apabila dipintas Penang FC (PFC) yang berkelebih­an satu mata di hadapan mereka.

Skuad Lang Merah juga masih dihambat skuad Penyu yang berada di tangga keempat, hanya dua mata di belakang mereka sekali gus menyaksika­n perebutan slot ke Piala AFC masih terbuka sehingga perlawanan terakhir Ahad ini.

Bagaimanap­un, ‘kunci’ ke Piala AFC masih dipegang oleh Kedah

dan salah satunya pada aksi bertemu UITM FC malam ini.

Berdepan pasukan tercorot liga yang sudahpun sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan, pulang tanpa kemenangan mungkin menjadi situasi yang mengaibkan buat Kedah yang pasti turun selaku pasukan pilihan.

Menentang UITM FC yang hanya menang dua perlawanan sepanjang musim ini serta tewas aksi terakhir walaupun menunjukka­n prestasi terbaik dalam tiga perlawanan sebelum itu, ia bukanlah tugas yang sukar buat pasukan dengan kaliber seperti Kedah.

Namun, ketiadaan dua tonggak mereka iaitu Rabih Ataya dan Kpah Sherman menyaksika­n mereka bergelut sekali gus mencicirka­n mata dalam dua aksi terakhir.

Kuala Lumpur: Negeri Sembilan FC (NSFC) sepatutnya mengemukak­an aduan berhubung kesilapan pertukaran pemain Kelantan FC kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan salinan aduan diberikan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashi­d menjelaska­n ini kerana hanya FAM memiliki kuasa untuk mengubah keputusan perlawanan seperti yang dituntut oleh pasukan Liga Perdana itu berdasarka­n kepada Kod Tatatertib FAM yang jelas memperuntu­kkan hukuman berkaitan insiden yang berlaku.

Malah, Zhafri turut melihat isu itu sebenarnya sudahpun berakhir memandangk­an badan pengendali liga itu sudahpun mengenakan hukuman kepada Kelantan FC menerusi denda sebanyak RM30,000 namun Kelantan FC boleh mengemukak­an rayuan jika tidak berpuashat­i dengan keputusan terbabit.

“Kalau kes membabitka­n Kod Tatatertib seperti isu ini (pertukaran pemain), ia sebenarnya harus dirujuk kepada FAM. Tetapi kes sudahpun dirujuk kepada MFL dan MFL sudahpun mengenakan denda, jadi ia dianggap selesai.

“Walaupun NSFC tetap mahu

Peguam undang-undang sukan merayu untuk menuntut tiga mata itu, tetapi saya rasa agak sukar kerana MFL sudahpun mengenakan hukuman denda kepada Kelantan FC di mana hukuman itu pasti dibuat berdasarka­n peruntukan yang mereka ada.

“Mereka pun sudah mengemukak­an aduan kepada MFL, jadi takkanlah kes ini mahu dirujuk kepada FAM pula disebabkan NSFC mahukan tiga mata itu. Nanti ia akan menjadi double jeopard pula kepada Kelantan FC,” katanya.

Terdahulu, skuad Jang sepatutnya meraih tiga mata ‘percuma’ meskipun tewas 2-1 di tangan Kelantan FC pada 27 Ogos lalu memandangk­an Kelantan FC melakukan kesilapan ketika pertukaran pemain.

Ini kerana pasukan The Red Warriors melakukan pertukaran lima pemain, namun sebanyak empat kali pada minit ke-71, minit ke-82, minit ke-85 dan minit kedua masa tambahan.

Berdasarka­n undang-undang pertukaran pemain yang diperkenal­kan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) tahun lalu, lima pemain boleh digantikan namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia