Berita Harian

‘Alasan tak boleh pakai’

- Oleh Sukhairi Thani

Peguam dapati kes Ziyad lemah, sukar menang di CAS sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Langkah terakhir membawa isu dihadapi jaguh lontar peluru Sukan Paralimpik Tokyo, Muhammad Ziyad Zolkefli ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dilihat tidak wajar sekiranya berpanduka­n peraturan ditetapkan.

Berdasarka­n pemerhatia­n awal peguam undang-undang sukan, Nik Erman Nik Roseli, mendapati agak sukar bagi kes ini untuk meraih kemenangan di CAS seandainya mengambil kira daripada alasan diberikan sesetengah pihak seperti yang dilaporkan pihak media.

“Daripada apa yang baca alasan kenapa lewat itu, saya rasa sudah sikit kerana berdasarka­n pemahaman saya, peraturan itu atau alasan itu kalau bukan silap atlet atau pegawai, baru boleh diambilkir­a,” kata Nik Erman yang berpanduka­n kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia.

Olahraga Para Dunia menggunaka­n peraturan berkenaan iaitu ‘Gagal melaporkan diri ke Call Room’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu sesuai seperti ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukka­n adalah DNS (tidak bermula).

Peraturan itu turut menggarisk­an beberapa pengecuali­an yang boleh membenarka­n atlet menyertai pertanding­an antaranya faktor yang tidak membabitka­n tindakan atlet itu sendiri seperti masalah pengangkut­an rasmi atau berlaku kesilapan dalam jadual ‘Call Room’.

Berdasarka­n peraturan itu juga, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimb­angkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke bilik menunggu.

“Daripada apa yang saya baca juga (laporan media), jalan sesak atau hujan itu tidak boleh dikira sebagai alasan. Itu mungkin kiranya seperti salah ketetapan masa.

“Dalam peraturan itu sendiri sudah diberikan contoh (pengecuali­an). Kalau katakan laporan 5.55 petang tetapi dalam program dia kata 6.30 petang... itu salah program (jadual). Alasan itu boleh diterima kalau berdasarka­n peraturan, ataupun pengangkut­an rasmi daripada hotel itu lewat dan ia bukan salah atlet. Itu adalah contoh yang diberikan dalam peraturan itu sendiri.

“Jadi, sekiranya mengikut daripada apa yang saya dengar dan pemahaman saya kepada peraturan, sukar sikit untuk nak berjaya pun (sekiranya di bawa ke CAS). Kalau dibawa pun mungkin susah nak menang.

“Saya cuba juga melihat internet. Banyak alasan yang dikemukaka­n tetapi semua alasan diberikan itu tak boleh diguna pakai. Tak ada yang betul-betul kukuh kalau mengikut peraturan sedia ada,” kata Nik Erman.

Ziyad sebelum ini dinafikan kemenangan pingat emas dan rekod dunia baharu 17.94 meter (m) dilakukann­ya dalam acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik Tokyo selepas menerima bantahan daripada kem Ukraine atas kelewatan ke Call Room.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri D Shahriman Zaharuddin bagaimanap­un tidak menolak kemungkina­n memanjangk­an kes itu ke CAS.

Sekiranya mengikut daripada apa yang saya dengar dan pemahaman saya kepada peraturan, sukar sikit untuk nak berjaya pun (sekiranya di bawa ke CAS). Kalau dibawa pun mungkin susah nak menang Nik Erman Nik Roseli,

Peguam undang-undang sukan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia