Berita Harian

‘Saya ke Tokyo bawa bendera Malaysia, harga diri’

-

Dari muka 48

Katanya, sejak dari awal lagi misinya ke Tokyo adalah untuk mengharumk­an nama Malaysia dan tidak memikirkan soal ganjaran.

“Saya pergi ke Tokyo untuk membawa bendera Malaysia, nama keluarga saya dan saya bawa harga diri saya selain saya nama Sukan Paralimpik Malaysia.

“Soal ganjaran adalah perkara nombor dua kerana yang paling utama saya mahu membanggak­an Malaysia, apatah lagi ketika itu kita menyambut Hari Kemerdekaa­n.

“Saya memang mahu buktikan tetapi bukan rezeki saya dan saya terima seadanya,” kata Ziyad yang berasal dari Gombak, Selangor.

Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dilakukann­ya dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaan­nya di Tokyo diklasifik­asikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatann­ya tiba di bilik menunggu sebelum pertanding­an dimulakan.

Semalam, BH Sukan melaporkan, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menganggap adalah tidak wajar Ziyad diberikan ganjaran memandangk­an ‘kegagalan adalah kegagalan’.

Beliau berkata, insiden malang dihadapi Ziyad harus dijadikan pengajaran dan sekiranya cadangan pemberian ganjaran itu diterima, ia bakal memberi impak negatif pada masa depan sekiranya situasi sama turut berlaku kepada atlet lain.

Sebelum ini, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan akan mencadangk­an kepada Kabinet mengenai ganjaran setimpal kepada Ziyad bagi menghargai pencapaian­nya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insiden pembatalan pingat emas dan rekod dunia dilakar Ziyad tidak pernah dijangka, malah tidak pernah difikirkan ketika dasar pemberian ganjaran kepada atlet yang meraih kejayaan di temasya sukan dibuat.

Malah bekas menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara lisan turut menyokong usaha yang bakal dibentangk­an Faizal itu ke Kabinet nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia