Berita Harian

Liek Hou idam emas kedua di Paris 2024

-

Kuala Lumpur: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou belum mahu bersara daripada sukan biarpun sudah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Sabtu lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu sebaliknya menegaskan yang dia mahu meneruskan aksi di pentas antarabang­sa sekurangku­rangnya sehingga Paralimpik Paris 2024.

“Saya percaya saya masih boleh meneruskan aksi di pentas antarabang­sa, banyak lagi kejohanan yang saya mahu seperti termasukla­h kejohanan dunia.

“Saya tiada perancanga­n untuk bersara sebaliknya saya bertekad untuk terus bermain sehingga Paris 2024. Itu adalah impian saya,” katanya kepada BH Sukan.

Liek Hou yang berasal dari

Kuala Lumpur mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi emas dalam sukan itu di Paralimpik.

Dia yang beraksi bagi kategori SU5 muncul juara selepas menumbangk­an pemain pilihan pertama yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 pada aksi final di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Jika meneruskan aksinya sehingga Paris 2024, Liek Hou yang juga juara dunia enam kali akan berusia 36 tahun tetapi dia percaya ia bukan halangan besar buat dirinya.

“Bagi saya, tiada apa yang mustahil dan saya berharap tidak mengalami kecederaan yang serius yang mungkin boleh menjejaska­n prestasi saya,” katanya yang dibimbing legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Bagi saya, tiada apa yang mustahil dan saya berharap tidak mengalami kecederaan yang serius yang mungkin boleh menjejaska­n prestasi saya

Cheah Liek Hou, Jaguh badminton para negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia