Berita Harian

Sesi libat urus Radzi, 100 calon SPM

-

Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, semalam mengadakan dua sesi libat urus secara dalam talian dengan hampir 100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dari seluruh negara.

Melalui hantaran di Facebook, beliau memaklumka­n, sesi pertama membabitka­n wakil murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), manakala sesi kedua khusus untuk Murid Berkeperlu­an Khas (MBK).

“Anak yang terbabit dalam perbincang­an tadi begitu teruja berkongsi pengalaman dan cabaran dihadapi dalam tempoh mencabar ini, termasuk persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaa­n SPM yang dijadualka­n pada Mac tahun hadapan.

“Tidak kurang juga memberikan pelbagai pandangan dan cadangan bagaimana untuk menambah baik pendekatan pengajaran dan pembelajar­an sedia ada.

“Saya juga begitu tersentuh dengan perkongsia­n anak-anak MBK yang tidak pernah jemu untuk mengikuti pembelajar­an, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

“Mereka amat berharap agar dapat kembali ke sekolah dan mengikuti pembelajar­an secara bersemuka dengan selamat.

“Saya amat hargai semua perkongsia­n dan cadangan yang diberikan. Insya-allah, cadangan terbabit kami akan teliti dan perhalusi,” katanya.

Beliau juga berharap semua pelajar yang yang bakal menduduki SPM tahun ini terus bersemanga­t untuk membuat persediaan sebaiknya.

 ?? (Foto ihsan FB Dr Radzi Jidin) ?? Radzi pada sesi libat urus secara dalam talian bersama calon SPM 2021 dari seluruh negara, semalam.
(Foto ihsan FB Dr Radzi Jidin) Radzi pada sesi libat urus secara dalam talian bersama calon SPM 2021 dari seluruh negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia