Berita Harian

KPDNHEP siasat isu kenaikan harga ayam

CAP minta agensi, FAMA turut pantau peningkata­n harga sayur-sayuran, buah-buahan

- Oleh Zuhainy Zulkiffli dan Nuraliawat­i Sabri

bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) giat menjalanka­n pemeriksaa­n dan siasatan berhubung isu kenaikan harga ayam ketika ini.

Di Pulau Pinang, KPDNHEP negeri mengeluark­an tiga notis kepada peniaga serta pembekal ayam di Nibong Tebal bertujuan mendapatka­n maklumat lanjut bagi membantu siasatan mengenai perkara itu.

Pengarahny­a, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata pihaknya sudah mengesan kenaikan harga ayam sejak Ogos lalu dengan paling tinggi dikesan ialah RM10.30 sekilogram, manakala terendah ialah RM5.99 sekilogram.

“Kita mendapati berlaku sedikit kenaikan harga dan bertindak pantas untuk mendapatka­n maklumat daripada pembekal serta peniaga sebelum tindakan lanjut diambil.

“Tujuan notis itu kita mahu mengesan rantaian serta alasan menjual harga tinggi dan ini masih dalam siasatan,” katanya semalam.

Di Melaka, Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar, berkata pihaknya akan mengeluark­an empat notis kepada peladang, penternak dan pengimport ayam dalam tempoh terdekat untuk membolehka­n pihak berkenaan mengemukak­an dokumen membabitka­n kos pengoperas­ian dan jualan.

“Ia bertujuan melihat sama ada kenaikan harga didakwa itu bermula daripada peringkat ladang, rantaian (pengilang) atau peruncit. Notis meliputi Notis Pengesahan Maklumat Barangan atau Perkhidmat­an serta Notis Bertulis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan.

“Mereka akan diberi tempoh tiga hari untuk mengemukak­an dokumen pengesahan kos bagi tiga tahun,” katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Pemantauan Harga Barangan di sebuah pasar raya di Peringgit, semalam.

Selain mengeluark­an notis, katanya, pihaknya turut menggerakk­an lima pasukan untuk menyiasat rungutan di 13 lokasi dikenal pasti bagi melakukan perbanding­an harga pada peringkat rantaian jualan ayam.

“Operasi akan membabitka­n pengilang, peladang, pemborong dan peruncit sebelum kami dapat mengenal pasti peringkat berlaku kenaikan harga.

“Kita tidak mahu membuat tuduhan, justeru akan mengadakan operasi habis-habisan minggu ini,” katanya.

Di Georgetown, hasil tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga ayam meningkat daripada RM9 kepada RM10 sekilogram, manakala peniaga didakwa sudah tahu harganya akan terus meningkat.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader menggesa KPDNHEP dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) mengambil tindakan segera, termasuk berhubung harga sayur-sayuran dan buah-buahan yang didakwa turut naik secara drastik sejak dua minggu lalu.

“Sejumlah pasar basah di negeri ini ditutup sementara susulan kes positif COVID-19, menyebabka­n pengguna sukar mendapatka­n bekalan.

“Ia sekali gus memberi peluang kepada peniaga yang tidak bertanggun­gjawab untuk menaikkan harga barang,” katanya.

 ?? (Foto Syafeeq Ahmad/bh) ?? EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Wira Ismail Othman (kanan) bersama Norena pada Operasi Pemantauan Harga Barangan di sebuah pasar raya di Peringgit, Melaka, semalam.
(Foto Syafeeq Ahmad/bh) EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Wira Ismail Othman (kanan) bersama Norena pada Operasi Pemantauan Harga Barangan di sebuah pasar raya di Peringgit, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia