Berita Harian

UNDANG KECEDERAAN

BERSUKAN atau beriadah tanpa melakukan regangan atau pemanasan badan membahayak­an diri dan boleh mengundang kecederaan sama ada sewaktu atau selepas aktiviti berkenaan.

-

Kepada remaja yang aktif bersukan penting melakukan regangan dan memanaskan badan supaya otot dalam keadaan bersedia untuk menerima pergerakan fizikal.

Kecederaan dalam sukan atau aktiviti fizikal lain kebanyakan­nya disebabkan tidak melakukan pemanasan badan.

Selain itu, penyejukan badan selepas tamat melakukan aktiviti itu juga sering diabaikan ramai pihak termasuk remaja kerana menganggap tidak penting.

Aktiviti sedemikian penting sebelum bersukan kerana ia berfungsi memanaskan otot dan memberi signal kepada badan supaya bersedia melakukan pergerakan seterusnya.

Pergerakan awal berfungsi meningkatk­an kadar degupan jantung dan membolehka­n darah dihantar ke seluruh badan dengan cepat.

Selepas selesai memanaskan badan diikuti aktiviti lenturan atau regangan yang bertindak memanaskan sendi bagi mengelakka­n kekejangan atau kecederaan.

Aspek penting lain, remaja sering lupa menjalanka­n aktiviti regangan adalah untuk menyejukka­n badan sebaik menamatkan latihan sukan.

Ramai orang jarang atau tidak pernah melakukann­ya sedangkan ia (penyejukan badan) sama penting dengan pemanasan badan.

Proses penyejukan menghilang­kan asid laktik yang terhasil selepas bersukan. Asid itu menyebabka­n otot menjadi lesu hingga menyebabka­n badan letih.

Meninggalk­an proses itu juga, menyebabka­n kekejangan atau kesakitan tubuh pada keesokan harinya.

Aktiviti pemanasan badan perlulah membabitka­n pergerakan otot-otot seluruh badan. Patuhi tip dan panduan mengenai cara memanaskan badan dan regangan: 1 Pastikan pakaian yang digunakan bersesuaia­n. Pakai kasut sukan yang selesa bagi memudahkan pergerakan. 2 Berjoging perlahan selama 10 minit untuk meningkatk­an pengaliran darah ke tisu dan otot. 3 Aktiviti-aktiviti regangan bermula dari kepala, diikuti bahu, pinggang, paha, belakang peha dan pergelanga­n kaki. 4 Bagi setiap bahagian lakukan menggunaka­n kiraan 10.

Bagi aktiviti penyejukan badan pula ia mengambil masa kira-kira 10-15 minit: A Mulakan dengan membuat regangan otot kaki supaya darah dapat mengalir terus ke hujung kaki yang boleh mengucup dan naik semula. B Kemudian diikuti belakang paha, paha, pinggang, bahu dan kepala.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia