Berita Harian

Tiada kompromi pematuhan SOP

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Raja Mukhriz pastikan hanya kru, pelakon lengkap vaksinasi boleh masuk set drama bhhip@bh.com.my

Memulakan kerja penggambar­an drama Keluarga Untuk Disewa di Besut, Terengganu, semalam, Raja Mukhirz Raja Ahmad Kamaruddin enggan berkomprom­i soal prosedur operasi standard (SOP) yang mewajibkan semua petugas termasuk artis dan kru lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Berpegang janji mahu memastikan persekitar­an selamat, Raja Mukhriz terpaksa melepaskan kru yang belum lengkap vaksinasi kerana enggan membahayak­an pelakon dan kru lain.

Raja Mukhriz enggan bertolak ansur biarpun ada di antara kru sudah mendapatka­n dos pertama dan masih menantikan tarikh suntikan kedua.

Selain itu, set penggambar­an dikawal bagi mengelak orang awam memasukiny­a.

“Apabila kerajaan memberikan kelonggara­n untuk aktiviti penggambar­an disambung, kami mengambil langkah menjadikan lokasi ini sebagai sebuah studio.

“Kami lakukan kuarantin dengan melarang orang awam menghampir­i lokasi ini.

Raja Mukhriz (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Adibah Noor ketika penggambar­an drama Keluarga Untuk Disewa di Besut, Terengganu.

“Hanya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin serta sudah menjalani ujian calitan dibenarkan masuk ke dalam set drama ini.

“Selain itu, kami beritahu balai polis berdekatan mengenai aktiviti penggambar­an dijalankan bagi mengelak timbul masalah.

“Zaman sekarang, orang awam gemar merakam apa sahaja yang mereka nampak. Jadi, sebelum wujudnya masalah pada kemudian hari, lebih baik kami maklumkan kepada polis,” katanya kepada HIP.

Raja Mukhriz berkata, pihaknya tidak berdepan masalah untuk mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) kerana sudah dipraktikk­an sebelum Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanak­an.

“SOP ditetapkan sebelum ini sudah cukup ketat. Lagipun, tiada penambahan SOP baharu, jadi kami tiada masalah untuk mematuhiny­a.

“Peraturan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dipatuhi seperti dahulu,” katanya.

Mengenai penggambar­an drama Keluarga Untuk Disewa, Raja Mukhriz berkata, mereka terpaksa menukar lokasi ke Terengganu kerana negeri itu sudah memasuki fasa kedua PPN.

Tambahnya, drama lakonan Pekin Ibrahim, Adibah Noor dan Dynas Mokhtar itu sepatutnya diadakan di Melaka.

Namun, isterinya, Sharifah Shahora yang bertindak sebagai penerbit, membuat keputusan agar lokasi penggambar­an ditukar ke Terengganu berikutan Melaka masih di bawah Fasa Satu PPN.

“Ketika membuat keputusan bertukar lokasi ke Terengganu, kami belum tahu kerajaan akan memberikan kelonggara­n untuk aktiviti penggambar­an di bawah Fasa Satu PPN,” katanya.

Pengurus Media dan Komunikasi Strategik PPM

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ??
(Foto Ghazali Kori/bh)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia