Berita Harian

Polis panggil Guan Eng isu langgar perintah kuarantin

-

Georgetown: Polis akan memanggil Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau melanggar perintah kuarantin kendiri, sebaik Setiausaha Agung DAP itu selesai menjalani tempoh kuarantin hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga merekodkan keterangan daripada Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, sehingga kini polis menerima tiga laporan berhubung dakwaan itu dan sudah memulakan siasatan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Kita sudah merekodkan semua keterangan individu yang membuat laporan polis dan hari ini (semalam) akan merekodkan keterangan Setiausaha DUN dan pihak KKM.

“Polis akan memanggil Guan Eng untuk siasatan selepas beliau tamat kuarantin pada 10 September (hari ini),” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, Pemuda GERAKAN dan MCA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng yang didakwa melanggar tempoh kuarantin kendiri pada 1 hingga 10 September selepas beliau menghadiri sidang DUN pada 2 September lalu, tetapi tidak menghadiri perbicaraa­n kes rasuahnya atas alasan kuarantin kendiri.

Sementara itu, Guan Eng menafikan melanggar perintah kuarantin kendiri dengan menghadiri Persidanga­n DUN Pulau Pinang dan keluar ke tempat awam untuk mengedarka­n bakul makanan.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan semalam, berkata keduadua dakwaan yang dibuat terhadapny­a itu adalah tidak benar.

Katanya, beliau hanya diberitahu berkemungk­inan menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit positif COVID-19 pada 2 September.

Katanya kejadian kontak rapat itu dimaklumka­n mungkin berlaku pada 1 September.

“Selepas makluman itu, saya terus tinggal di rumah dan menjalani kuarantin kendiri sebelum diuji negatif.

“Pada 6 September, Kementeria­n Kesihatan secara rasminya mengeluark­an arahan kuarantin kendiri di rumah dari 1 sehingga 10 September dan mewajibkan saya memakai gelang merah jambu dan saya tidak keluar ke tempat awam selepas itu,” katanya.

Mengenai dakwaan pengedaran bakul makanan pula, Guan Eng berkata, dia tidak keluar mengedar bakul makanan selepas 2 September seperti yang didakwa beberapa pihak berdasarka­n hantaran di Facebookny­a (FB).

Kita sudah merekodkan semua keterangan individu yang membuat laporan polis dan hari ini (semalam) akan merekodkan keterangan Setiausaha DUN dan pihak KKM

Mohd Suhaily Mohd Zain,

Ketua Polis Pulau Pinang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia