Berita Harian

SOP ditetapkan MOTAC untuk melancong ke Langkawi bermula Khamis minggu depan

Lokasi boleh dikunjungi pelancong domestik mulai 16 September

- Oleh Latifah Ariffin

bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC), semalam mengumumka­n prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelanconga­n pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pulau itu itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara, termasuk yang berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinas­i,” katanya pada sidang media Pembukaan Semula Sektor Pelanconga­n Langkawi, di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Santhara dan Ketua Setiausaha­nya, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat.

Nancy berkata, perlindung­an insurans dan saringan COVID-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjung­i pulau itu.

“Bagaimanap­un, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD),” katanya.

Beliau berkata, pelancong mempunyai pilihan sama ada untuk ke Langkawi melalui jalan udara dan darat.

Katanya, bagi pergerakan menggunaka­n jalan darat, pelancong perlu menggunaka­n perkhidmat­an agensi pelanconga­n, sekurang-kurangnya untuk menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

“Bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari Kedah dan Perlis, serta menggunaka­n jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunaka­n perkhidmat­an agensi pelanconga­n,” katanya.

Sementara itu, Noor Zari berkata, kementeria­n menyasarka­n sekurang-kurangnya 420,000 pelancong domestik mengunjung­i Langkawi sehingga hujung tahun ini.

Katanya, kementeria­n menjangkak­an sambutan yang memberangs­angkan dengan peringkat awal pembukaan semula Langkawi pada bulan ini mampu mencapai sekurang-kurangnya 40,000 pengunjung.

“MOTAC menyasarka­n angka pelancong ke Pulau Langkawi akan terus mencatatka­n peningkata­n iaitu 40,000 bagi bulan ini, 80,000 untuk Oktober, 100,000 pengunjung pada November dan Disember nanti dianggarka­n 200,000 pelancong,” katanya pada sidang media sama.

 ??  ??
 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Nancy bersama Santhara (kiri) dan Noor Zari pada sidang media Pembukaan Semula Sektor Pelanconga­n Langkawi di MATIC, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Nancy bersama Santhara (kiri) dan Noor Zari pada sidang media Pembukaan Semula Sektor Pelanconga­n Langkawi di MATIC, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia