Berita Harian

Laman sesawang COVIDNOW kongsi data pandemik

-

Putrajaya: Orang ramai kini boleh mendapatka­n maklumat terkini mengenai situasi COVID-19 di negara ini dengan melayari laman web baharu diperkenal­kan Kementeria­n Kesihatan (KKM) yang dikenali sebagai COVIDNOW.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata menerusi laman web berkenaan, ia akan memaparkan data yang lebih mudah difahami serta diakses masyarakat umum.

“Saya berharap dengan data dan maklumat yang dikongsika­n di COVIDNOW, masyarakat mempunyai pemahaman dan kesedaran yang lebih baik berkenaan situasi jangkitan COVID-19 dalam negara.

“Selain itu, usaha untuk melakukan perubahan tingkah laku (behavioura­l change) dan usaha mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) dapat dipertingk­atkan supaya kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19,” katanya pada sidang media COVID-19, semalam.

Khairy berkata, lawan web berkenaan boleh dilayari bermula jam 6 petang ini di pautan https: //Covidnow.moh.gov.my.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeria­n melihat kemungkina­n untuk memberikan dos penggalak dalam usaha menangani peningkata­n mendadak kes seperti yang berlaku di beberapa negeri.

Katanya, ia mungkin disumbangk­an daripada penurunan keberkesan­an vaksin selepas beberapa bulan pemberian vaksin dilaksanak­an di negeri itu seperti di beberapa negara yang sudah mencapai imuniti kelompok dan jumlah pemberian vaksin yang tinggi seperti Singapura dan Israel.

Beliau berkata, beberapa negara juga sudah memulakan pemberian dos tambahan kepada pendudukny­a.

“Kami sudah tentu tidak mengetepik­an untuk memberikan dos penggalak. Saya sudah meminta laporan untuk cadangan dibuat dalam mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) minggu depan.

“Selepas itu saya akan berbincang dengan Kerajaan Sarawak mengenai strategi selepas itu, namun, saya juga mahu menambah Kerajaan Sarawak sudah mengambil langkah proaktif bermula semalam (kelmarin) untuk memberikan vaksin kepada golongan remaja yang dilakukan dengan segera untuk memastikan liputan vaksinasi terhadap seluruh populasi meningkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia