Berita Harian

Kadar penganggur­an dijangka beransur pulih

- Oleh Saadiah Ismail

Kerajaan tubuh Majlis Pekerjaan Negara sasar wujud 500,000 pekerjaan tahun ini saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kadar penganggur­an di Malaysia dijangka beransur pulih apabila lebih banyak negeri beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya Lembah Klang yang meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mulai hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pembukaan lebih banyak sektor ekonomi di Lembah Klang amat penting kerana ia menyumbang kira-kira 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, kerajaan memandang serius isu peluang pekerjaan, terutama penganggur­an dalam kalangan belia dan guna tenaga tidak penuh berkaitan masa serta kemahiran.

“Sehubungan itu, kerajaan menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sasarannya ialah untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran, tahun ini melalui kerjasama strategik agensi kerajaan serta pemain industri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, dengan kebenaran lebih banyak aktiviti ekonomi beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta jangkaan imuniti kelompok dicapai pada Oktober ini, pemulihan ekonomi akan lebih cepat apabila semakin banyak sektor dapat dibuka.

“Dengan kadar vaksinasi semakin meningkat dan jika lebih banyak lagi negeri beralih

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) keluar Fasa 1 PPN, kedudukan ekonomi dijangka lebih kukuh dan kadar penganggur­an akan berkuranga­n mulai September ini,” katanya.

Mustapa berkata, pasaran buruh negara pulih secara beransur-ansur sejak awal tahun ini dengan kadar penganggur­an berkuranga­n daripada 4.9 peratus pada Januari kepada 4.5 peratus pada Mei lalu.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n, pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan akibat peningkata­n mendadak kes COVID-19 mulai Jun lalu, menyebabka­n peningkata­n kadar penganggur­an kepada 4.8 peratus pada bulan itu.

Namun, berdasarka­n Laporan Tenaga Buruh bagi Julai 2021 yang diterbitka­n oleh Jabatan Perangkaan, semalam, katanya, kadar penganggur­an kekal 4.8 peratus dengan bilangan penganggur meningkat sedikit kepada 778,200 orang berbanding bulan sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia