Berita Harian

Bermotosik­al 50km sehari cari wang saku masuk universiti

-

Kota Bharu: Seorang remaja nekad meneruskan pengajian dalam kehidupann­ya yang serba kekurangan, malah sanggup menunggang motosikal lama sejauh 50 kilometer (km) setiap hari untuk berulang alik dari rumah ke tempat mencari rezeki.

Mengambil upah berniaga air sebelum terpaksa berhenti seketika susulan COVID-19, Amir Adam Daud, 18, sedar hanya ilmu mampu mengubah kehidupann­ya sekeluarga menjadi lebih baik. Dia sanggup berulang alik dari rumah di Kampung Bukit Mak Lipah, Melor ke Wakaf Che Yeh demi mengumpul wang saku untuk ke menara gading.

Amir menerima tawaran melanjutka­n pengajian peringkat Diploma Kejurutera­an Elektronik (Komputer) di Politeknik Sultan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu bermula 20 September ini.

Remaja ini mengakui tidak kisah berpanas dan berhujan menunggang motosikal lama hampir setiap hari untuk mencari rezeki, di samping membantu ibu, Rohimah Sulaiman, 56, yang menghidap diabetes.

“Bagaimanap­un, saya kini buntu apabila tidak dapat bekerja kerana COVID-19, tetapi akan terus nekad untuk sambung belajar. Saya juga percaya rezeki datang dalam pelbagai cara, buktinya saya dikurniaka­n saudara mara yang sangat baik, malah ada yang memberi bantuan komputer riba sebagai persiapan ke politeknik.

“Alhamdulil­lah, saya turut dibantu apabila ada yang menyelesai­kan bayaran yuran kemasukan ke politeknik,” kata anak tunggal ini yang baru kehilangan bapa, Daud Yaacob, akibat sakit jantung dan angin ahmar.

“Kami tiada punca pendapatan, hanya harap ihsan jiran tetangga dan saudara mara yang menghulurk­an bantuan untuk meneruskan kehidupan,” katanya yang dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Muhammad Najwan Nasir, yang menyampaik­an sumbangan makanan dan kewangan selain berjanji membantu Adam dalam pengajiann­ya.

 ?? (Foto Syaherah Mustafa/bh) ?? Amir menunjukka­n surat tawaran melanjutka­n pengajian sambil diperhatik­an Rohimah di Kampung Bukit Mak Lipah, Kota Bharu, semalam.
(Foto Syaherah Mustafa/bh) Amir menunjukka­n surat tawaran melanjutka­n pengajian sambil diperhatik­an Rohimah di Kampung Bukit Mak Lipah, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia