Berita Harian

WHO gesa henti beri dos ketiga hingga akhir tahun

-

Lanjutan moratorium mampu tangani ketidaksam­aan agihan vaksin

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara berhenti memberikan dos ketiga vaksin penggalak COVID-19 hingga akhir tahun ini.

Ketua Pengarahny­a, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata tindakan itu akan memanfaatk­an jutaan orang yang masih belum menerima sebarang inokulasi.

“Saya tidak akan berdiam diri ketika syarikat dan negara yang mengendali­kan bekalan vaksin global berpendapa­t golongan miskin dunia harus puas hati dengan sisa vaksin.

“Justeru, saya mendesak negara kaya dan pengeluar vaksin mengutamak­an pemberian vaksin dos pertama kepada pekerja kesihatan dan penduduk rentan di negara miskin, tangguhkan dahulu pemberian vaksin penggalak.

“Kita tidak mahu melihat penggunaan dos penggalak secara meluas diberikan kepada orang yang sihat yang sudah lengkap vaksin sepenuhnya,” katanya kepada media dari ibu pejabat WHO di Geneva.

WHO bulan lalu meminta moratorium vaksin penggalak COVID-19 sehingga akhir September untuk mengatasi ketidaksam­aan pengagihan antara negara kaya dan miskin.

Bagaimanap­un, Tedros mengakui keadaan kini hanya menunjukka­n sedikit perubahan dalam pengagihan vaksin global sejak kebelakang­an ini.

“Jadi, hari ini saya meminta moratorium itu dilanjutka­n hingga sekurang-kurangnya akhir tahun ini.

“Negara berpendapa­tan tinggi berjanji untuk menyumbang­kan lebih satu bilion dos vaksin kepada negara miskin, bagaimanap­un sehingga kini kurang 15 peratus dos sudah disalurkan.

“Kami tidak mahu lagi hanya sekadar janji , kami hanya mahukan vaksin,” tegas beliau.

Di samping penangguha­n moratorium, beberapa negara mahu pemberian vaksin oleh negara kaya bukan hanya tertumpu kepada kumpulan rentan sahaja, tetapi keseluruha­n penduduk yang masih belum menerima vaksin.

Tambahan pula, ketika ini wujud kebimbanga­n mengenai keberkesan­an vaksin terhadap varian Delta, yang mana kes jangkitan akibatnya semakin meningkat.

WHO mengakui bahawa dos tambahan mungkin diperlukan untuk orang yang mengalami gangguan imunisasi, tetapi menekankan penerima vaksin yang sihat perlu mendahuluk­an orang yang berisiko terkena jangkitan.

Pengarah Imunisasi WHO, Kate

O’brien, berkata tidak ada kes yang begitu mendesak sehingga perlu diberikan dos penggalak.

WHO menetapkan sasaran global setiap negara perlu memberikan vaksin sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah penduduk pada akhir bulan ini dan sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sasaran itu juga menetapkan sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia divaksinas­i menjelang pertengaha­n tahun depan.

Mengulas lanjut, Tedros menyatakan kebimbanga­n beliau apabila 90 peratus negara kaya sudah melepasi sasaran 10 peratus dan lebih 70 peratus negara sudah mencapai sasaran 40 peratus vaksinasi.

Namun, katanya, tidak ada satu negara berpendapa­tan rendah yang mencapai salah satu sasaran yang ditetapkan itu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pertubuhan industri farmaseuti­kal bahawa tujuh negara terkaya di dunia, yang dikenali sebagai G7, sekarang me

Ketua Pengarah WHO miliki cukup vaksin untuk semua orang dewasa dan remaja.

Blok itu kini menawarkan dos penggalak kepada kumpulan berisiko, sekali gus tidak lagi menumpukan kepada perkongsia­n vaksin dengan negara miskin.

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan ini kerana pada hakikatnya, pengeluar dan negara berpendapa­tan tinggi sememangny­a berkemampu­an.

“Bukan sahaja mereka mampu beri suntikan penggalak kepada kumpulan berisiko tinggi di negara mereka, pada masa sama, mampu menyokong vaksinasi penduduk di negara kurang berkemampu­an,” katanya. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia