Berita Harian

Parti pemerintah Maghribi kalah teruk

-

Presiden Parti Keaslian dan Kemodenan, Abdellatif Ouahbi (tengah) gembira setelah partinya memperoleh kerusi kedua terbanyak pada pilihan raya Maghribi, semalam.

Rabat: Parti pemerintah Maghribi mengalami kekalahan teruk di tangan parti liberal pada pilihan raya Parlimen negara itu.

Parti Keadilan dan Pembanguna­n Islam (PJD) yang memerintah lebih sedekad hanya memenangi 12 daripada 125 kerusi yang dimilikiny­a sebelum ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Abdelouafi Laftit, pada satu taklimat media selepas proses pengundian berakhir kelmarin.

Sementara itu, pesaing utama PJB iaitu parti liberal utama yang dikatakan rapat dengan Istana, Himpunan Calon Bebas Nasional (RNI) dan Parti Keaslian dan Kemodenan (PAM), masing-masing memenangi 97 dan 82 kerusi.

Parti haluan kanan, Parti Istiqlal pula memperoleh 78 kerusi daripada keseluruha­n 395 kerusi Parlimen.

RNI yang sebelum ini anggota junior dalam gabungan parti pemerintah, diketuai oleh jutawan, Aziz Akhannouch yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan istana.

PAM pula adalah parti pembangkan­g utama ditubuhkan oleh penasihat kerajaan sekarang, Fouad Ali El Himma pada 2008, manakala Parti Istiqlal (Kemerdekaa­n) adalah parti tertua di Maghribi.

Raja Mohammed VI akan menamakan Perdana Menteri daripada parti yang memenangi pemilihan Parlimen bagi mentadbir negara dengan 36 juta rakyat itu untuk lima tahun akan datang, menggantik­an Saad-eddine El Othmani.

Sejumlah 50.35 peratus pemilih keluar mengundi, lebih tinggi berbanding 43 peratus dicatatkan pada pilihan raya 2016. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia