Berita Harian

BAM turun barisan muda

-

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (kiri) menyaksika­n penyampaia­n ganjaran daripada Pengurus Pemasaran Kanan 100Plus, Leong Wai Yin (kanan) kepada pemenang pingat gangsa acara beregu lelaki Sukan Olimpik 2020, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Kuala Lumpur semalam.

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya akan ada elemen kejutan daripada pemain muda negara apabila mereka beraksi dalam saingan Piala Sudirman dan Piala Thomas/ Uber.

Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann, berkata senarai pemain yang akan dipilih bagi membawa cabaran negara di kedua-dua kejohanan berprestij itu akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) pada Sabtu ini.

Bagaimanap­un, dia memberi bayangan skuad negara akan dibarisi hampir semua pemain muda di dua kejohanan berkenaan.

“Kita sedang dalam penilaian akhir (untuk memilih pemain) yang mana salah satu daripada penilaian itu adalah berdasarka­n keputusan daripada kejohanan ranking dalaman yang akan berakhir esok.

“Dengan barisan pemain yang ada, saya akui kita agak ketinggala­n berbanding pasukan seperti

Jepun dan Indonesia, namun saya percaya pemain muda kita juga mempunyai elemen kejutan.

“Diharapkan mereka boleh buktikan yang kita mempunyai barisan pemain masa depan yang bagus,” kata Choong Hann.

Saingan Piala Sudirman akan berlangsun­g di Vantaa, Finland bermula 26 September hingga 3 Oktober dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan Mesir.

Bagi saingan Piala Thomas/ Uber pula, ia akan berlangsun­g di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober. Di Aarhus, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Kanada dan England manakala skuad wanita akan bertemu China, Denmark dan Kanada dalam Kumpulan D.

Choong Hann, berkata keputusan untuk menyenarai­kan pemain muda kali ini dibuat bagi memberi pendedahan awal kepada mereka beraksi dalam kejohanan utama sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kita sudah habis satu kitaran Olimpik (Tokyo 2020) dan kalau kita mahu buat persiapan menghadapi kitaran Olimpik yang baharu (Paris 2024), kita perlu bermula dari sekarang.

“Kejohanan utama ini akan memberi cabaran kepada mental dan keupayaan pemain untuk mengatasi tekanan pada tahap tertinggi. Ini akan menjadi pengalaman dan plaftform yang penting untuk kita bina generasi pemain yang akan datang,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia