Berita Harian

2 remaja maut kereta bertembung pacuan empat roda dipandu lawan arus, pemandu positif dadah

Lelaki direman 6 hari hingga 17 September

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melawan arus sehingga menyebabka­n dua maut di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutua­n dari arah Klang ke Kuala Lumpur awal pagi semalam, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata hasil saringan awal ujian urin ke atas lelaki berusia 24 tahun itu mendapati suspek positif ganja.

“Suspek dibawa polis dari tempat kejadian ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut, kemudian dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

Mahkamah Majistret Shah Alam membenarka­n reman enam hari hingga 17 September,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua mangsa maut dalam bahas itu dikenali sebagai pemandu kereta, Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana, Klang dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu suspek secara melawan arus itu dari arah Kuala Lumpur ke Klang sebelum bertembung Proton Wira dari arah bertentang­an.

“Dua mangsa yang maut ialah wanita berumur 18 tahun yang memandu kereta dan penumpang lelaki berumur 19 tahun.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

“Setakat ini, kemungkina­n mangsa adalah rakan kerana waris juga tidak dapat beri pengesahan. Kedua-dua mangsa dari arah Klang dan polis tidak pasti ke mana tujuan mereka,” katanya menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu melulu atau berbahaya sehingga menyebabka­n kematian.

Saksi yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubung­i Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

 ??  ??
 ?? (Fotoihsan Bomba Selangor) ?? Anggota bomba mengeluark­an mangsa kemalangan di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutua­n dari arah Klang ke Kuala Lumpur awal pagi semalam.
(Fotoihsan Bomba Selangor) Anggota bomba mengeluark­an mangsa kemalangan di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutua­n dari arah Klang ke Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia