Berita Harian

Pengesanan selepas bedah siasat punca kes kematian tertunggak

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Jumlah kes kematian tertunggak pesakit COVID-19 yang dilaporkan di negara ini disebabkan terdapat kes yang pesakit dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas bedah siasat dijalankan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit Kementeria­n Kesihatan (KKM), Dr A Mahesh, berkata terdapat perbezaan di antara kes kematian disebabkan COVID-19 dengan kematian bersama virus berkenaan.

Justeru katanya, timbul beberapa kesulitan untuk melaporkan jumlah keseluruha­n kes kematian sama ada disebabkan COVID-19 atau tidak, pada tarikh sebenar.

“Kita memberi penekanan pada kes seperti ini kerana penting untuk KKM mengenal pasti keberkesan­an vaksin atau kadar kematian dan sebagainya.

“Kita perlu tahu sebab apa individu itu meninggal dunia, adakah akibat COVID-19 atau sebab lain. Namun ini memerlukan masa kerana ia memerlukan pemeriksaa­n autopsi dan klinikal.

“Ia bukan semata-mata untuk memeriksa pesakit itu positif COVID-19 atau sebaliknya,” katanya ketika sesi penerangan bersama media menjelaska­n data di dalam laman sesawang COVIDNOW secara maya, semalam.

Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi mencatatka­n pertambaha­n kes harian, iaitu sebanyak 5,291 kes. Turut catatkan pertambaha­n kes ialah Selangor dengan 2,347 kes Dr Noor Hisham Abdullah,

Ketua Pengarah Kesihatan

Dr Mahesh berkata, pihaknya turut mengesan kes kematian bukan disebabkan COVID-19 seperti meninggal akibat kemalangan.

“Namun, apabila bedah siasat dijalankan, ‘secara tidak sengaja’ kita mendapati kes kematian itu sebenarnya dijangkiti COVID-19,” katanya.

Terdahulu, 592 kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan kelmarin adalah termasuk kes tertunggak atau backlog yang tidak dilaporkan sebelum ini.

Data yang dikongsi laman COVIDNOW menunjukka­n, daripada 592 kes terbabit, hanya 100 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Negara sebelum ini pernah melaporkan kes kematian tertinggi akibat COVID-19 pada 26 Ogos lalu, iaitu 393 kes.

Dalam statistik kelmarin, Selangor mencatatka­n kes kematian tertinggi dengan 359 kes, Sabah (53), Kedah (49), Perak (28), Pulau Pinang (27), Negeri Sembilan (15), Kelantan (11), Johor (10), Sarawak (10), Melaka (9), Kuala Lumpur (8), Pahang (6), Terengganu (6) dan Perlis (1).

Perkembang­an itu menjadikan jumlah keseluruha­n angka korban disebabkan COVID-19 di negara ini mencecah 20,419 kes.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkembang­an Perubatan KKM, Dr Faizah Zin, berkata laporan jumlah kes kematian bersifat dinamik.

“Ini bermakna kes yang dilaporkan hari ini akan berubah kerana bergantung kepada kes tertunggak. Contohnya, jika pada 11 September kes kematian dilaporkan ada 100 kes, namun tiga hari kemudian, kita mendapat keputusan sebenar ada tiga lagi kematian dijangkiti COVID-19 pada tarikh sama.

“Maka, pada data diberikan, pada 11 September angka kes kematian bukan lagi 100, tetapi menjadi 103 kes, jumlahnya bertambah seiring kes tertunggak yang dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 19,198 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n individu dijangkiti COVID-19 di negara ini mencecah 1,979,698 kes.

Katanya, Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi mencatatka­n pertambaha­n kes harian, iaitu sebanyak 5,291 kes.

Katanya, turut mencatatka­n pertambaha­n kes ialah Selangor dengan 2,347 kes, diikuti Johor (2,110), Sabah (1,717), Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

“Ia disusuli Terengganu dengan 930 kes, Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340), Negeri Sembilan (283), Perlis (67), Putrajaya (32) dan Labuan (tiga),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia