Berita Harian

Orang ramai ‘bersesak’ di tempat perkelahan

Orang ramai manfaatkan kelonggara­n bersantai bersama keluarga

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Samadi Ahmad dan Hassan Omar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kelonggara­n rentas daerah di Lembah Klang yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Jumaat lalu, membuatkan orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi sempena cuti hujung minggu, semalam.

Keadaan itu membuatkan kawasan taman tasik sekitar ibu kota, hutan rekreasi di pinggir Lembah Klang serta pantai sekitar Selangor yang selama ini sunyi daripada pengunjung, bertukar sesak secara tiba-tiba apabila menjadi tumpuan orang ramai yang hadir bersama keluarga dan rakan untuk bersantai.

Tinjauan di Taman Tasik Titiwangsa mendapati golongan kanak-kanak sehingga warga emas mula melakukan pelbagai aktiviti riadah termasuk joging, berbasikal, bermain kasut roda dan ada juga yang bermain badminton bersama anak mulai awal pagi.

Kakitangan awam dari Bangi, Mohd Rizal Mat Salim, 46, mengambil kesempatan membawa lapan anaknya beriadah di taman tasik itu selepas sekian lama anaknya tidak dapat ke mana-mana kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Kehadiran ramai pengunjung adalah rezeki buat peniaga dan penjaja di setiap lokasi riadah atau tempat perkelahan adalah sesuatu yang dinantikan peniaga dan penjaja jalanan yang selama ini turut tersepit kerana kerana turut terputusny­a sumber pendapatan mereka.

Pusat pentadbira­n Putrajaya juga tidak terkecuali daripada menjadi tumpuan orang ramai membawa ahli keluarga masing-masing bersantai.

Menyedari kehadiran pengunjung bertambah, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner, A Asmadi Abdul Aziz, berkata walaupun sekatan jalan raya (SJR) sudah pun ditamatkan susulan peralihan Fasa 2 PPN di Lembah Klang, namun ia bukan bermakna rakyat boleh mengabaika­n SOP kerana ia berpotensi mencetuska­n jangkitan COVID-19.

Justeru itu, katanya, polis terus menjalanka­n operasi pematuhan dengan penambahan anggota bagi memastikan pengunjung yang memasuki pusat pentadbira­n kerajaan itu mematuhi SOP, sama ada bagi tujuan riadah dan berurusan di pejabat.

Sementara itu, pantai peranginan Padang Kemunting, Pengkalan Balak dan Kuala Sungai Baru di Masjid Tanah, Melaka yang selama ini sepi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga kembali dipenuhi pengunjung tempatan semalam.

Pengusaha inap desa di Pengkalan Balak, Zulkifli Abdul Hadi, 63, mengakui sudah mula menerima tetamu sejak minggu lalu, tetapi tidak mengabaika­n SOP, bagi mengelak dikenakan kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 ?? (Foto Fariz Iswandi Ismail/ BH) ?? Orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi bersama keluarga sambil bermandi-manda di Taman Eko Rimba Kanching, Rawang, sempena cuti hujung minggu, semalam. Kelonggara­n rentas daerah di Lembah Klang yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Jumaat lalu meningkatk­an lagi jumlah pengunjung, namun melalui tinjauan yang dilakukan BH, ada antara mereka mula alpa terhadap prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
(Foto Fariz Iswandi Ismail/ BH) Orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi bersama keluarga sambil bermandi-manda di Taman Eko Rimba Kanching, Rawang, sempena cuti hujung minggu, semalam. Kelonggara­n rentas daerah di Lembah Klang yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Jumaat lalu meningkatk­an lagi jumlah pengunjung, namun melalui tinjauan yang dilakukan BH, ada antara mereka mula alpa terhadap prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
 ?? (Foto Hasan Omar/bh) ?? Pantai peranginan Padang Kemunting dan Pengkalan Balak di Masjid Tanah kembali meriah dengan kehadiran pengunjung, semalam.
(Foto Hasan Omar/bh) Pantai peranginan Padang Kemunting dan Pengkalan Balak di Masjid Tanah kembali meriah dengan kehadiran pengunjung, semalam.
 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Orang ramai mengunjung­i Pantai Robina, Butterwort­h bersama keluarga, semalam.
(Foto Danial Saad/bh) Orang ramai mengunjung­i Pantai Robina, Butterwort­h bersama keluarga, semalam.
 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Pengunjung beriadah bersama keluarga di sekitar Taman Tasik Titiwangsa selepas pelaksanaa­n Fasa Dua PPN di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Pengunjung beriadah bersama keluarga di sekitar Taman Tasik Titiwangsa selepas pelaksanaa­n Fasa Dua PPN di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Putrajaya kembali menjadi tumpuan orang ramai beriadah dengan pematuhan SOP ketat, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Putrajaya kembali menjadi tumpuan orang ramai beriadah dengan pematuhan SOP ketat, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Taman Tasik Shah Alam kembali menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga.
(Foto BERNAMA) Taman Tasik Shah Alam kembali menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga.
 ??  ?? Mohd Rizal Mat Salim
Mohd Rizal Mat Salim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia