Berita Harian

KPDNHEP cadang sistem subsidi kawal harga ayam tidak lebih RM10 sekilogram

Sistem tumpu kawalan harga makanan ayam, tentukan nilai siling

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelaksanaa­n sistem subsidi yang dicadangka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka membolehka­n harga ayam tidak melebihi RM10 sekilogram.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata pelaksanaa­n subsidi itu menjurus kepada mengawal harga makanan ayam, yang dilaporkan menjadi antara faktor kenaikan harga jualan ayam di pasaran.

Menerusi sistem subsidi yang dicadangka­n itu, beliau berkata, kadar subsidi yang diberikan bergantung pada turun naik harga semasa jagung dan soya, yang menjadi komponen utama makanan ayam.

Selain itu, katanya, satu nilai ambang akan ditetapkan, di mana tiada subsidi akan diberikan jika harga makanan ayam menurun di bawah nilai ambang berkenaan.

“Cadangan kita ini adalah lebih kurang sama seperti yang dilaksanak­an untuk minyak masak botol, di mana subsidi diberikan kepada penternak yang mengawal pasaran apabila ada kenaikan harga jagung dan soya (komponen makanan ayam).

“Kita menjangkak­an pemberian subsidi pada makanan ayam akan membolehka­n harga semasa ayam tidak naik.

“KPDNHEP menjangkak­an menerusi pelaksanaa­n sistem subsidi ini, harga jualan ayam di pasaran ketika ini boleh dikekalkan antara RM8 hingga RM10 sekilogram,” katanya kepada BH, semalam. Kelmarin, beliau dilaporkan berkata, KPDNHEP bercadang melaksanak­an sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Katanya, subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak, yang mengeluark­an 80 peratus bekalan ke seluruh negara.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, cadangan yang diserahkan kepada Kementeria­n Kewangan itu dijangka mengambil sedikit masa untuk dilaksanak­an.

Katanya, proses merangka formula sistem subsidi yang sesuai mengambil sedikit masa kerana kementeria­n perlu meneliti trend harga makanan ayam antara dua hingga tiga tahun lalu.

“Kita juga membanding­kannya dengan harga sekarang dan jangkaan harga setahun akan datang, sama ada berlaku peningkata­n atau penurunan, sebelum formula subsidi boleh dimuktamad­kan.

“Kita juga akan tetapkan nilai ambang di mana tiada subsidi diberikan jika harga jagung dan soya menurun di bawah paras itu dan subsidi itu bertambah selaras peningkata­n harga komoditi berkenaan,” katanya.

Ditanya saranan Persekutua­n Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) supaya subsidi itu turut mengambil kira faktor lain yang mempengaru­hi peningkata­n harga ayam, Rosol berkata, buat masa ini, subsidi itu tertumpu pada harga makanan ayam.

“Kebanyakan penternak maklumkan peningkata­n harga ayam disebabkan harga makanannya, jadi dengan subsidi ini kita harap harga tidak naik,” katanya.

 ??  ?? Rosol Wahid
Rosol Wahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia