Berita Harian

Tawaran transforma­si calon Timbalan Speaker tak salah

-

Kuala Lumpur: Tawaran transforma­si Parlimen yang dibuat oleh dua calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak pernah berlaku sebelum ini, namun kempen sedemikian bukanlah satu kesalahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak menghalang tawaran berkenaan dibuat selagi ia tidak keterlalua­n dan bertentang­an dengan undang-undang.

Tawaran berkenaan boleh diibarat sekadar memeriahka­n proses itu kerana kalangan Ahli Parlimen sebenarnya sudah tahu siapa yang perlu mereka sokong.

“Ini tidak pernah berlaku, tetapi ia tidak juga menjadi satu kesalahan. Tiada masalah untuk mereka berkempen.

“Cuma persoalann­ya adakah mereka (calon) tahu atau tidak apa yang mereka sebut sebagai transforma­si Parlimen itu? Soal undang-undang antilompat parti umpamanya, ia tiada kaitan dengan Parlimen.

“Perkara itu adalah transforma­si kerajaan, ada beberapa skop tawaran bukan berada di bawah bidang kuasa Parlimen,” katanya kepada

Esok, Dewan Rakyat dijangka memilih Timbalan Yang dipertua baharu selepas jawatan berkenaan dikosongka­n oleh penyandang­nya, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Blok kerajaan mencalonka­n Ahli Parlimen Pontian merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, manakala Pakatan Harapan (PH) mencalonka­n bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

Kor Ming terlebih dahulu membuat 10 tawaran pembaharua­n, antaranya memperkena­lkan semula Akta Perkhidmat­an Parlimen untuk memastikan pemisahan kuasa dan menubuhkan jawatankua­sa pilihan khas untuk menyemak belanjawan bagi memastikan ketelusan dan kebertangg­ungjawaban dalam peruntukan belanjawan tahunan kepada Parlimen.

Ahmad pula membuat 20 tawaran balas untuk mentrasfor­masi Parlimen, antaranya mengemas kini Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.

Beliau turut mengemukak­an tawaran untuk menambah seorang lagi Timbalan Yang Dipertua, menjadikan­nya jumlahnya tiga dengan seorang daripada mereka disasarkan adalah dari Sabah atau Sarawak.

Turut bersetuju dengan Wan Junaidi ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir yang mengatakan tawaran oleh dua calon itu tidak melanggar peraturan Parlimen.

Tawaran itu juga tidak mengikat calon untuk melaksanak­an apabila terpilih kerana mereka perlu bertindak mengikut keadaan semasa.

“Manifesto (tawaran) apa pun, akhirnya kena letak pada pengundian ahli Dewan Rakyat. Siapa yang dapat majoriti walau satu undi, dia akan menang.

“Tawaran hanya untuk mendapat tempat. Apabila itu berlaku mereka kena bertindak mengikut keadaan semasa, ” katanya.

Ditanya adakah keputusan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dijadikan indikator tahap sokongan dimiliki Perdana Menteri, Adam menjelaska­n ia boleh ditafsirka­n begitu namun tidak membawa kesan perundanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia