Berita Harian

NUTP sedia bekerjasam­a tingkat kesedaran vaksin

- Oleh Rohaniza Idris dan Nas Norziela Nasbah

Bantu usaha hasilkan pelan komprehens­if pembukaan sesi persekolah­an bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Kementeria­n Pendidikan (KPM) dalam usaha menyampaik­an kesedaran kepada guru, ibu bapa dan murid mengenai kepentinga­n melengkapk­an imunisasi COVID-19.

Menyokong penuh pemberian vaksin kepada remaja 12 hingga 17 tahun sebelum pembukaan sekolah, Setiausaha Agungnya, Wang Heng Suan, berkata pihaknya berterima kasih atas usaha KKM melalui menterinya, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang mengambil pandangan serta cadangan NUTP.

“NUTP yakin kerjasama antara KKM dan KPM akan menghasilk­an sebuah pelan yang lebih komprehens­if mengenai pembukaan sesi persekolah­an dengan memastikan guru dan murid dapat hadir ke sekolah dalam keadaan selamat.

“Justeru, NUTP menyeru warga pengajar dan murid yang layak mendapat vaksin untuk segera mendaftar bagi mendapatka­n suntikan vaksinasi COVID-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jumaat lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang juga penyelaras program vaksinasi kepada remaja, dilaporkan berkata KKM menyasarka­n semua 3.2 juta golongan 12 hingga 17 tahun lengkap divaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja menjelang hujung tahun ini.

Pemberian vaksin kepada golongan berkenaan akan dimulakan secepat mungkin membabitka­n dua fasa, iaitu golongan berusia 16 hingga 17 tahun

yang akan mengambil peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjumlah kira-kira sejuta orang di seluruh negara.

Bagi peringkat seterusnya, program vaksinasi akan diperluask­an pula kepada golongan berusia 12 hingga 15 tahun, membabitka­n kira-kira dua juta orang.

Sarawak sudah memulakan program imunisasi kepada individu berusia 12 hingga 17 tahun sejak Rabu lalu, namun bukan di bawah PICK Remaja.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia