Berita Harian

Penggilira­n kehadiran murid mampu elak kesesakan

-

Kuala Lumpur: Penggilira­n kehadiran murid ke sekolah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajar­an secara bersemuka mampu mengelakka­n kesesakan dan ketidakpat­uhan kepada prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.

Menyambut baik pendekatan dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan (KPM) itu, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata langkah itu pernah dicadangka­n pihaknya pada April lalu.

Katanya, penguranga­n 50 peratus jumlah murid akan mendorong kawalan kepada proses pembelajar­an bersemuka dan memberi peluang pelajar merasai suasana bersekolah selepas menghabisk­an hampir setengah tahun belajar di rumah berikutan penularan COVID-19.

“Keputusan ini juga memberi impak kepada pelajar untuk mendapatka­n ilmu dengan pembelajar­an secara bersemuka bersama guru walaupun hanya dihadiri 50 peratus,” katanya kepada BH, semalam.

Mengenai sesi persekolah­an yang dilanjutka­n hingga awal 2022, Aminuddin berkata, tempoh dua bulan itu perlu digunakan pihak sekolah untuk memberi bantuan sokongan pembelajar­an terbaik dalam usaha membaiki sebarang kekurangan sepanjang kaedah pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR).

“Dalam tempoh dua bulan itu, sekolah dan guru diyakini dapat menambah baik penyampaia­n ilmu dalam usaha mengukuhka­n pencapaian murid. Lebih penting, ‘sentuhan’ guru dalam menyampaik­an ilmu secara bersemuka juga dapat mewujudkan nilai murni dalam kalangan murid terutama mereka yang berada di Tahap 1,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Wang Heng Suan, berkata PDPR turut menyebabka­n guru tertekan dan NUTP berharap sebarang latihan pedagogi bagi kaedah berkenaan diutamakan oleh KPM selepas ini.

Setiausaha Agung NUTP

Putrajaya: Pelajar dibenarkan hadir ke sekolah tanpa berpakaian seragam jika yang sedia ada tidak lagi boleh dipakai, dengan syarat pakaian biasa adalah sopan, kemas dan sesuai untuk ke sekolah.

Ibu bapa atau penjaga juga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dan ketidakhad­iran murid tidak dianggap sebagai kesalahan disiplin.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kelonggara­n hadir ke sekolah berpakaian biasa sesuai dengan semangat membawa kembali pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajar­an secara bersemuka.

Menjelaska­n pilihan tidak menghantar anak ke sekolah, beliau berkata, ibu bapa atau penjaga bagaimanap­un perlu menulis surat penjelasan mengenai ketidakhad­iran itu sebagai rekod dan perkara itu akan diguna pakai hingga penghujung sesi persekolah­an

Pelajar dibenarkan hadir ke sekolah tanpa berpakaian seragam.

kali ini.

“Ketidakhad­iran pelajar tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin dan tiada surat amaran akan dikeluarka­n kepada pelajar.

“Pelajar yang tidak hadir bagaimanap­un akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR) sama seperti pelajar yang terbabit dengan penggilira­n,” katanya.

Bagi murid yang didapati mempunyai gejala ketika di sekolah, katanya, mereka akan menjalani ujian air liur dan diasingkan terlebih dahulu bagi mengelak penularan.

“Bagi yang didapati bergejala, seeloknya jangan hadir ke sekolah,” katanya menambah, aktiviti sukan dan kokurikulu­m masih tidak dibenarkan, namun bagi aktiviti Pendidikan Kesihatan dan Jasmani (PJK), murid disaran memakai pakaian sukan dari rumah.

“Bagi waktu rehat, murid dibenarkan makan dalam kelas, namun bagi kelas yang ada pendingin hawa, mereka perlu makan di luar dengan pengawasan guru,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia